Bayi didera dikatakan digigit hantu – Terbakor

 

Bayi didera dikatakan digigit hantu 

 

Luluh hati seorang ibu apabila  anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh. Pengasuh terbabit yang merupakan jiran lamanya memberikan alasan bayi itu digigit hantu apabila ditanya.

 

 Bayi didera pengasuh

Bayi didera dikatakan digigit hantu - Terbakor

Bayi didera pengasuh dikatakan digigit hantu

 

Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.

Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.

“Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia mendakwa kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.

“Saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa yang buruk sehinggalah baru-baru ini (22 Oktober) anak saya mengalami demam panas dan doktor memberitahu terdapat kesan pendarahan lama di kepalanya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.

 

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. boni kacak says:

    adeh..alasan tak logik langsung
    My recent post Shortfilm Pupus. Jangan Biarkan Ianya Berlaku

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site