Kadar sewa Pasar Seni cecah RM2500, cekik darah peniaga
Seorang bekas peniaga kraf tangan di Pasar Seni kecewa apabila pihak pengurusan pusat pelancongan itu menaikkan kadar sewa dengan nilai yang tinggi serta meminta mereka lebih bertimbang rasa terhadap peniaga. Harga sewa tapak seluas 4 x 7 meter kini mencecah ribuan ringgit sehingga menyukarkan penyewa lain terutama bumiputera untuk meneruskan perniagaan.
Sewa kedai Pasar Seni

Kadar sewa kedai Pasar Seni terlalu tinggi
Seorang bekas peniaga kraf tangan di Pasar Seni di sini meminta pihak pengurusan Central Market Sdn. Bhd. supaya lebih bertimbang rasa berhubung kenaikan kadar sewa di pusat pelancongan itu.
Mohammad Zainahar Yuzkhairi, 39, mendakwa, harga sewa tapak seluas 4 x 7 meter kini mencecah ribuan ringgit sehingga menyukarkan penyewa lain terutama bumiputera untuk meneruskan perniagaan.
Sebagai contoh, katanya, mulai Januari tahun ini, peniaga dikehendaki membayar RM2,500 sebulan berbanding RM1,000 pada tahun lalu.
“Bukan itu sahaja, kadar faedah yang dikenakan akibat gagal melunaskan sewa dalam tempoh tujuh hari dari waktu yang ditetapkan juga tidak munasabah serta tidak konsisten.
“Ada satu ketika faedah yang dikenakan adalah RM1,000, di masa lain pula RM600 malah ada yang RM11,” dakwanya kepada pemberita di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mohammad Zainahar berkata, ekoran menanggung beban hutang sehingga mencecah RM24,000, dia mendakwa telah dihalau oleh pihak pengurusan pada 2 Oktober lalu.
Sumber : Harian Metro

