Lebih 1.58 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia – Terbakor

 

 Lebih 1.58 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia – Terbakor

 

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, terdapat lebih 1.58 juta pekerja asing telah berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga Julai lepas.  Jumlah itu mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

p/s : Patulah bayangan mereka ada di mana mana sahaja

Pekerja asing

Lebih 1.58 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia - Terbakor

Jumlah pekerja asing di Malaysia

“Indonesia merupakan antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.

“Bangladesh 134,148 orang dan India seramai 91,222 orang,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanya mengenai jumlah pekerja asing di Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Sementara itu dalam satu sidang akhbar di Bangunan Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata rakyat Indonesia perlu masuk secara sah jika mahu mendapat perlindungan sewajarnya apabila bekerja di Malaysia.

“Bila pekerja ini berdaftar, mudah bagi kita memberi perlindungan kepada mereka berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan,” katanya. BERNAMA

 

Sumber : Mstar

Loading...

Latest Comments

  1. beritamy October 25, 2012

Leave a Reply