Amy Search umum tutup Restoran Cheng Ho di Twitter – Terbakor

 

Amy Search umum tutup Restoran Cheng Ho di Twitter 

 

Para peminat Amy Search pasti tahu bahawa penyanyi lagenda rock tanah air ini memiliki sebuah restoran berasaskan makanan Cina Muslim di Wangsa Maju bernama Cheng Ho. Namun tiada angin tiada ribut, tadi di Twitter, Amy Search telah mengumumkan penutupan restoran itu secara tiba tiba melalui akaun Twitternya.

 

 Restoran Cheng Ho Amy Search

Amy Search umum tutup Restoran Cheng Ho di Twitter - Terbakor

Amy Search tutup restoran Cheng Ho

 Umum mengetahui yang penyanyi legenda rock Malaysia, Amy Search mempunyai sebuah restoran bernama Cheng Ho.

Restoran yang bertemakan makanan Cina Muslim itu bertempat di Wangsa Maju.
 
Baru sebentar sahaja tadi Amy menghebahkan berita mengenai penutupan restorannya di laman sosial Twitternya sendiri.
 
“We would like to inform tht is Cheng Ho is officially shutdown. Sad but true..” tulis Amy di twitternya.
 
Selain itu, Amy juga turut memuat naik gambar restorannya dengan ‘caption’ yang sama di profil Instagram.
 
Tidak pasti pula jika penutupan restoran miliknya itu disebabkan cuti Hari Raya Aidiladha bakal tiba beberapa hari lagi, atau memang tutup terus!
 
Untuk rekod, Amy pernah disaman oleh Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir yang berusia tiga tahun kerana mendakwa pekerja Restoran Laksamana Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.
 
Nik Muhammad Zakwan selaku plaintif memfailkan saman itu melalui bapanya, Nik Zahir Nik Mohd. Idris.
Amy Search umum tutup Restoran Cheng Ho di Twitter - Terbakor
 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. boni kacak says:

    banyak betul cabaran amy search dalam berniaga ni..
    My recent post Wordless Wednesday : Oppa Gangnam FBI Style

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site