Suami lumpuh ditinggal isteri bersama dua anak – Terbakor

Suami lumpuh ditinggal isteri bersama dua anak
Seorang isteri yang berputus asa menjaga suami yang lumpuh, sanggup meninggalkan lelaki itu bersama dua anak mereka di rumah keluarganya. Wanita berusia 46 tahun itu kemudiannya menuntut fasakh selepas tidak tahan dengan keadaan suaminya tidak sembuh sejak 11 tahun lalu.
Suami lumpuh ditinggal isteri

Isteri tinggal suami lumpuh
Hanya kerana penat dan berputus asa selepas suami yang lumpuh tidak sembuh sejak 11 tahun lalu, seorang isteri menghantar suaminya ke rumah keluarga lelaki itu di Taman Nusantara, di sini, sejak awal tahun ini.
Lebih mendukacitakan, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan sudah memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah di ibu negara bagi melepaskan tanggungjawabnya.
Wanita itu yang kini menetap di Gombak, Selangor, turut meninggalkan dua anak mereka untuk dijaga keluarga suaminya dan hanya beberapa kali menziarah mereka sejak awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Abdul Razak Ismail, 48, yang kini menjaga adik iparnya, Ismail Hashim, 41, yang lumpuh separuh badan, selain menghadapi kesukaran untuk bercakap dan lemah ingatan.
Dia ditinggalkan bersama dua anaknya, masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 11 dan 15 tahun.
Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini 
Page 1 of 2 | Next page
