JPA Ditegur Kerana Didakwa Tidak Adil Kepada PDRM – Terbakor

JPA Ditegur Kerana Didakwa Tidak Adil Kepada PDRM
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) menegur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana didakwa tidak berlaku adil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung soal gaji dan kebajikan anggota penguatkuasa itu. Sehubungan dengan itu katanya lagi, pihak polis meminta JPA supaya memberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain.
JPA tidak adil kepada PDRM

JPA ditegur kerana tidak adil terhadap PDRM
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Isnin ditegur kerana didakwa tidak berlaku adil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung soal gaji dan kebajikan anggota penguatkuasa itu.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata pihak pasukan polis memohon kepada JPA supaya memberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain.
Katanya malah, permohonan ini telah didengar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau ketika pembentangan Belanjawan 2013, baru-baru ini.
“Saya nak bagi contoh, lulusan Diploma, gaji akhirnya RM4,480 (polis), anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan SPRM, gajinya RM6,121.
“Bukan pihak polis marah kepada kedua-dua pasukan itu, cuma sebagai perbandingan, polis memohon keadilan, (dan) JPA tolonglah berlaku adil kepada mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa, di sini Isnin.
Mohamad juga berkata jika dilihat negara-negara lain, gaji anggota polis di negara terbabit adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.
“Sebagai contoh, gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.
“Jelas di situ bahawa mereka tidak mendapat layanan yang saksama daripada JPA, kenapa JPA sanggup bersifat kejam terhadap polis yang telah berjasa kira-kira 200 tahun kepada negara,” katanya.
Page 1 of 2 | Next page