Kek Ngeri Berbentuk Anggota Badan, Jahitan dan Kecederaan [4 Gambar] – Terbakor

 

Kek Ngeri Berbentuk Anggota Badan, Jahitan dan Kecederaan [4 Gambar] 

 

90 peratus manusia dalam dunia ni suka makan kek. Bukan kata manusia, kucing admin pun suka makan kek. Hehe, tapi mahukah korang makan kek yang berbentuk mengerikan seperti bentuk otak, jari manusia dan badan yang berjahit? Kek tetap kek, rasa tetap sedap, cuma bentuk je yang ngeri. Nak tak? Macam dalam gambar bawah ni.

 

 Kek mengerikan

Kek Ngeri Berbentuk Anggota Badan, Jahitan dan Kecederaan [4 Gambar] - Terbakor

Kek Ngeri Berbentuk Anggota Badan, Jahitan dan Kecederaan [4 Gambar] - Terbakor

Kek Ngeri Berbentuk Anggota Badan, Jahitan dan Kecederaan [4 Gambar] - Terbakor

Kek Ngeri Berbentuk Anggota Badan, Jahitan dan Kecederaan [4 Gambar] - Terbakor

Rekaan kek mengerikan

TIDAK semua orang akan tertarik untuk memakan kek cawan yang dihasilkan Gillian Bell.

Keknya menggambarkan gaya filem seram anggota tubuh yang dikelar, kecederaan dan penyakit kulit.

Gillian, 34, tidak mahu terikat dengan cara biasa membuat kek yang membabitkan warna ceria dan corak menawan. Dia sebaliknya memilih kek yang kelihatan menyeramkan, untuk peminat yang menggemari makanan manis dan dapat menahan bau, rasa atau melihat sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa perasaan takut atau meloyakan.

 

Kini, dia tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pameran di London untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai jenis penyakit.

“Agak membosankan untuk membuat kek biasa seperti dilakukan kebanyakan orang. Lebih menyeronokkan untuk menghasilkan sesuatu yang menyeramkan.

“Saya suka melihat reaksi orang ramai. Kek saya sebenarnya enak kerana ia seperti kek biasa. Ada pelanggan yang terus memakannya dan yang lain tak sanggup. Mereka mungkin terpedaya dengan pandangan mata, seolah-olah mereka akan menggigit ketuat,” katanya.

 

Gillan yang berasal dari Kirkcaldy, Scotland, pernah membuka kedai kek di Edinburgh. Di situ, dia sering mendapat pesanan untuk membuat kek luar biasa.

Dia menutup kedai itu untuk kembali mengajar. Tetapi pada masa sama, masih membuat kek pada masa kelapangan.

 

Pameran ‘Eat Your Heart Out’ di Muzium Patologi St Bart berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.

“Tujuan pameran di London itu ialah untuk memberi peluang peserta membuat kek yang dapat membawa kesedaran terhadap wabak dan penyakit. Kerana itu, akan ada kek yang kelihatan seperti jantung berpenyakit dan juga penyakit berpunca daripada seks bebas.

“Rekaan saya pula akan bertemakan penyakit kulit. Saya akan membuat kek yang kelihatan seperti ketuat dan kudis.

“Saya teruja kerana dapat mengambil bahagian. Ia peluang terbaik untuk saya menunjukkan rekaan saya kepada orang ramai,” kata Gillian.

 

Sumber : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. razfira says:

    hee.. tak sanggup nak makan
    My recent post Bila Period Tak Ingat Allah?

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site