
Aamir Khan bawa ibu tunaikan haji
Menurut laporan portal berita India Today semalam, pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan dan ibunya Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji. Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.
Aamir Khan

Aamir Khan tunaikan haji
India Today melaporkan, walaupun Aamir sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap berpegang kepada janji mengerjakan haji bersama ibunya.
Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.
Ia merupakan perjalanan haji pertama buat pelakon, penerbit dan pengarah filem berusia 47 tahun itu.
Dia tiba di sini dari Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis lepas kerana sibuk menyiapkan filem akan datangnya bersama aktres Katrina Kaif, Dhoom 3.
Bintang pujaan ramai itu dijadualkan pulang dari mengerjakan rukun Islam kelima pada 3 November depan.
Selain berada di Mekah, Aamir dan anggota keluarganya akan melawat beberapa bandar berdekatan Madinah dan makam Nabi Muhammad SAW.
Mereka dilaporkan akan menginap di Hotel Al Massa dan Hotel Elaf Taiba masing-masing di Mekah dan Madinah.
Aamir merupakan salah seorang pelakon paling terkenal Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filemLagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. – Agensi
Sumber : Kosmo





Normal la tu..
My recent post Batman Returns (1992)[torrent file]