Wanita guna Internet jual, beli susu badan untuk bayi – Terbakor

Wanita guna Internet jual, beli susu badan untuk bayi

 

Wanita wanita di Britain dan Amerika Syarikat kini giat menjual beli susu badan untuk bayi melalui Internet walaupun ianya dikhuatiri membimbangkan. Golongan ibu menggunakan forum komuniti, termasuk Facebook, untuk mendapatkan wang segera dengan menjual susu masing-masing.

Jual susu badan dalam Internet

Wanita guna Internet jual, beli susu badan untuk bayi - Terbakor

Wanita jual susu badan untuk dapatkan wang

LONDON: Ramai wanita di Britain dan Amerika Syarikat (AS) menjual susu mereka di Internet walaupun ia dibimbangi membahayakan bayi.

Media melaporkan, golongan ibu menggunakan forum komuniti, termasuk Facebook, untuk mendapatkan wang segera dengan menjual susu masing-masing.

Membeli susu kini menjadi cara baru ibu yang berdepan masalah mendapatkan susu sendiri bagi diberikan kepada bayi.

 

Laman sesawang seperti onlythebreast.com adalah satu daripada sumber bagi golongan ibu memperoleh bekalan susu yang diperlukan. Menurut laman sesawang itu, susu yang dijual atau dibeli mereka dipastikan berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Semakan mendapati, ada wanita yang menawarkan susu di laman sesawang itu menetap di Essex hingga Newcastle dengan harga kira-kira 1 (RM5) setiap auns (28 gram) berbanding AS$2 (RM6) untuk jumlah sama di AS. – TS

 

 

Sumber : My Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Page 1 of 2 | Next page