Mr Os Masuk Wad, Saluran Jantung Tersumbat – Terbakor

 

Mr Os Masuk Wad, Saluran Jantung Tersumbat 

 

Siapa tak kenal dengan pelawak veteran Mr Os ni kan? Baru baru, beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang kira kira jam 9 pagi kerana saluran jantung tersumbat. Di ketika ini, mungkin beliau sudah sedikit pulih dan sudah keluar dari wad. Kami mendoakan agar Mr Os segera sembuh.

 

 Mr Os

Mr Os Masuk Wad, Saluran Jantung Tersumbat - Terbakor

Mr. Os masuk hospital

Menurut Mr. Os atau pemilik nama sebenar  Mohd Yusof Abdul Hamid, 51, niatnya dia pergi berjumpa doktor untuk memeriksa masalah tekak yang dihadapinya namun sebaliknya pula yang terjadi selepas menerima pemeriksaan lanjut.

“Setelah doktor membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut, saluran jantung saya disahkan tersumbat”

 

“Alhamdulillah kini saya berada dalam keadaan sihat dan jika tidak ada apa-apa masalah saya dibenarkan pulang pada hari esok,” katanya dalam nada bertenaga.

 

Dalam pada itu, Mr Os sempat juga itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak hospital kerana memberikan layanan yang terbaik.

 

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Page 1 of 2 | Next page