11 isteri kongsi 1 suami, Ustaz Razis penipu masih diburu! – Terbakor

11 isteri kongsi 1 suami, Ustaz Razis penipu masih diburu!
Lebih kurang 5, 6 hari yang lalu, kami ada menulis tentang kes penipuan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis. Si penipu ini telah memperdaya sehingga dapat berkahwin dengan 11 wanita Muslimah. Mangsa mangsa pula ditinggalkan terkontang kanting selepas berkahwin. Ada yang ditinggalkan bersama anak, anak kembar dan juga ada yang ditinggalkan sehari selepas berkahwin. Kini, kes Ustaz Razis ni dah keluar dalam Harian Metro. Tapi kami kami, yang Harian Metro pergi blurrkan muka si penipu ni buat apa kan? Macam mana lah masyarakat nak berwaspada kalau macam ni. Sebarkan je gambar ustaz penipu ni ke satu Malaysia.
Ustaz Razis penipu


Kes penipuan Ustaz Razis
Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.
Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.
Page 1 of 2 | Next page