Wanita diupah tampar pekerja jika layari Facebook – Terbakor

 

Wanita diupah tampar pekerja jika layari Facebook

 

Seorang juruprogram komputer, Maneesh Sethi mengupah seorang wanita RM25 sejam untuk menamparnya jika dia melayari Facebook semasa bekerja. Maneesh mahu seseorang memerhatikan dia semasa dia bekerja untuk meningkatkan produktviti.

 

 Upah tampar pekerja

Wanita diupah tampar pekerja jika layari Facebook - Terbakor

Tampar pekerja jika layari Facebook

SAN FRANCISCO: Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja.

 

Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.

Kata Maneesh, dia malu selepas mendapati dia menghabiskan masa kira-kira 19 jam seminggu melayari Facebook.

 

“Saya membuat keputusan untuk bertindak selepas menyedari masa sebanyak itu diluangkan melayari laman sosial berkenaan,” katanya. Maneesh berkata, di depan komputer tanpa pengawasan menyebabkan seseorang hanya produktif tiga hari seminggu. – TS

 

Sumber : My Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site