Bayi 8 bulan maut selepas koma 6 hari, didera teman lelaki ibu – Terbakor

 

Bayi 8 bulan maut selepas koma 6 hari, didera teman lelaki ibu

 

Nur Irisyafida Balkis berusia 8 bulan, maut selepas koma enam hari akibat didera teman lelaki ibu kandungnya sendiri. Mangsa mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Bayi maut didera kekasih ibu

Bayi 8 bulan maut selepas koma 6 hari, didera teman lelaki ibu - Terbakor

Bayi didera teman lelaki ibu

BATU PAHAT – Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.

Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.

Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan ‘baby walker’ yang dibelinya.

 

Sumber : Sinar

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site