Sakit Tidak Halang Azean Irdawaty Jaga Imej – Terbakor

Sakit Tidak Halang Azean Irdawaty Jaga Imej 

 

Walaupun kini sedang menderita penyakit  Lymphedema, seniwati Azean Irdawaty tetap tidak meninggalkan rutin dalam menjaga kecantikan diri dan kulitnya. Katanya, sakit bukan alasan untuknya mengabaikan penjagaan kecantikan diri.

 

 Azean Irdawaty

 Sakit Tidak Halang Azean Irdawaty Jaga Imej - Terbakor

Azean Irdawaty sakit

PETALING JAYA: Walaupun terpaksa melalui penderitaan akibat penyakit Lymphedema, pelakon Azean Irdawaty masih lagi menjaga kulit wajahnya untuk kelihatan sentiasa berseri.

Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoff, 62, berkata, dia tidak pernah mengabaikan penampilan walaupun mukanya kelihatan agak berisi dengan menyapu krim wajah serta badan setiap hari.

“Bukanlah satu halangan kalau kita sakit untuk menjaga penampilan diri. Saya masih lagi mengamalkan menyapu krim pada kulit wajah dan seluruh badan agar tidak kelihatan kusam,” katanya.

Terdahulu Azean dikunjungi Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di kediamannya di Bandar Utama di sini pada Selasa.

Tambah pelakon itu, memandangkan rambutnya hampir botak, dia turut meletakkan serum di kulit kepalanya untuk mendapatkan rambut yang baru.

“Alhamdulillah, rambut saya tumbuh. Jadi saya fikir tiada alasan sebenarnya jika kita mahu lebih sihat walaupun keadaan penyakit yang dilalui sudah berada pada tahap kritikal.

“Saya juga percaya, memiliki semangat yang positif serta didampingi suami dan anak-anak yang sentiasa menjaga makan minum kita sekali gus dapat membuatkan wajah lebih ceria,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno memuji kecantikan kulit yang dimiliki Azean dan menganggap pelakon itu memiliki kulit yang lebih sihat berbanding dengan dirinya.

“Saya rasa, jika dia (Azean) memakai rambut palsu dan dioles sedikit solekan, tiada siapa yang tahu sebenarnya Azean sedang menderita dengan penyakitnya.

“Tengoklah, kulit saya dan Azean, ternyata kulit dia lagi berseri,” selorohnya.

Page 1 of 2 | Next page