Tutorial Asas Paypal Terlengkap, Kini Tiada Lagi Masalah Beli Belah! – Terbakor
Tutorial Asas Paypal Terlengkap, Kini Tiada Lagi Masalah Beli Belah!
Pernah dengar tentang Paypal? Paypal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan Internet untuk membuat pembelian online, memberi atau menerima wang. Secara mudahnya, Paypal ini seperti akaun bank anda, tetapi penggunaannya adalah majoriti dalam bentuk dollar. Pasti ada yang tanya, selamat ke guna Paypal? Kami pasti dan positive, Paypal adalah medium pengantara pemindahan wang dalam Internet yang paling selamat. Ini kerana, kami sendiri dan ramai lagi usahawan Internet mahupun blogger yang menggunakan Paypal sebagai medium pemindahan wang mereka.
Kami beritahu salah satu kegunaan Paypal yang mudah. Anda berminat dengan satu item dari Mudah.my atau Ebay, tetapi pembayaran hanya boleh dilakukan dalam bentuk dollar sedangkan anda hanya ada akaun dalam negara sahaja. Jadi apa yang perlu dilakukan? Paypal adalah jawapannya. Boleh dikatakan Paypal wajib dimiliki oleh blogger, pembeli online tegar dan semestinya usahawan Internet.
Ada juga yang masih beranggapan membeli secara online ini tidak selamat. Mereka lebih suka membeli dengan cara conventional, berjalan, masuk kereta, parkir kereta, masuk ke pintu pusat membeli-belah, dan bayar parkir. Bukanlah kami menidakkan cara membeli belah biasa ini, tetapi point kami adalah, jika ada kemudahan yang lebih mudah, kenapa tak nak gunakan? Baru baru ini PayPal telah melakukan kajian terhadap aktiviti beli-belah online dan hasil kajian tersebut mendapati masa depan beli-belah online akan menjadi trend masa depan penduduk negara ini.

Di sebalik hasil kajian yang memberangsangkan itu, pengguna Internet sepatutnya peka dengan aktiviti jenayah siber yang semakin membimbangkan. Mereka kurang pengetahuan tentang betapa banyaknya maklumat tentang akaun mereka yang telah tersebar melalui aktviti pembelian di Internet. Jadi, pengguna dinasihatkan menggunakan Paypal sebagai alternatif paling selamat. Kalau anda masih ragu ragu, Google saja di Internet tentang kelebihan dan bukti Paypal ini adalah medium yang selamat.
Ok, kepada anda yang masih belum mempunyai akaun Paypal, daftarlah sekarang. Dan terus terang juga kami katakan, proses mendaftar Paypal mudah, tetapi perlu ada langkah langkah yang betul. Tidak dinafikan, masih ramai yang gagal mendaftar dengan Paypal disebabkan kurang pengetahuan tentang langkah yang betul. Kebanyakannya banyak tersangkut pada proses pengesahan nombor empat digit. Tapi jangan risau, kerana dengan langkah dan teknik yang betul, proses mendaftar Paypal akan menjadi semudah 1,2,3 saja.
Apa yang anda perlukan adalah ini –>> Panduan Asas Terlengkap Paypal, Dari Proses Pendaftaran Sehingga Ke Pengeluaran Wang!
Jika anda terdiri dari golongan ini, anda perlukan Paypal :-
Page 1 of 3 | Next page