Tutorial Asas Paypal Terlengkap, Kini Tiada Lagi Masalah Beli Belah!

 

Tutorial Asas Paypal Terlengkap, Kini Tiada Lagi Masalah Beli Belah!

 

Pernah dengar tentang Paypal? Paypal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan Internet untuk membuat pembelian online, memberi atau menerima wang. Secara mudahnya, Paypal ini seperti akaun bank anda, tetapi penggunaannya adalah majoriti dalam bentuk dollar. Pasti ada yang tanya, selamat ke guna Paypal? Kami pasti dan positive, Paypal adalah medium pengantara pemindahan wang dalam Internet yang paling selamat. Ini kerana, kami sendiri dan ramai lagi usahawan Internet mahupun blogger yang menggunakan Paypal sebagai medium pemindahan wang mereka.

 

Kami beritahu salah satu kegunaan Paypal yang mudah. Anda berminat dengan satu item dari Mudah.my atau Ebay, tetapi pembayaran hanya boleh dilakukan dalam bentuk dollar sedangkan anda hanya ada akaun dalam negara sahaja. Jadi apa yang perlu dilakukan? Paypal adalah jawapannya. Boleh dikatakan Paypal wajib dimiliki oleh blogger, pembeli online tegar dan semestinya usahawan Internet.

 

Ada juga yang masih beranggapan membeli secara online ini tidak selamat. Mereka lebih suka membeli dengan cara conventional, berjalan, masuk kereta, parkir kereta, masuk ke pintu pusat membeli-belah, dan bayar parkir. Bukanlah kami menidakkan cara membeli belah biasa ini, tetapi point kami adalah, jika ada kemudahan yang lebih mudah, kenapa tak nak gunakan? Baru baru ini PayPal telah melakukan kajian terhadap aktiviti beli-belah online dan hasil kajian tersebut mendapati  masa depan beli-belah online akan menjadi trend masa depan penduduk negara ini.

 

 Tutorial Asas Paypal Terlengkap, Kini Tiada Lagi Masalah Beli Belah! - Terbakor

 

Di sebalik hasil kajian yang memberangsangkan itu, pengguna Internet sepatutnya peka dengan aktiviti jenayah siber yang semakin membimbangkan. Mereka kurang pengetahuan tentang betapa banyaknya maklumat tentang akaun mereka yang telah tersebar melalui aktviti pembelian di Internet. Jadi, pengguna dinasihatkan menggunakan Paypal sebagai alternatif paling selamat. Kalau anda masih ragu ragu, Google saja di Internet tentang kelebihan dan bukti Paypal ini adalah medium yang selamat.

 

Ok, kepada anda yang masih belum mempunyai akaun Paypal, daftarlah sekarang. Dan terus terang juga kami katakan, proses mendaftar Paypal mudah, tetapi perlu ada langkah langkah yang betul. Tidak dinafikan, masih ramai yang gagal mendaftar dengan Paypal disebabkan kurang pengetahuan tentang langkah yang betul. Kebanyakannya banyak tersangkut pada proses pengesahan nombor empat digit. Tapi jangan risau, kerana dengan langkah dan teknik yang betul, proses mendaftar Paypal akan menjadi semudah 1,2,3 saja. 

 

 Apa yang anda perlukan adalah ini –>> Panduan Asas Terlengkap Paypal, Dari Proses Pendaftaran Sehingga Ke Pengeluaran Wang!

 

Jika anda terdiri dari golongan ini, anda perlukan Paypal :-

 

  • Seorang peniaga yang menjual barangan di Internet.
  • Sedang merancang untuk berniaga di Internet.
  • Mahu menerima pelanggan daripada seluruh dunia.
  • Ingin melipat-gandakan keuntungan.
  • Ingin mengautomasikan perniagaan.
  • Seorang blogger (buat duit dengan blog).
  • Mahu berjual-beli di Internet dengan selamat.
  • atau seorang yang perlu menerima bayaran dari jauh?

 

Kenapa anda perlukan Paypal?

 

  • Membuka akaun di Paypal.com adalah PERCUMA. Ya, percuma sahaja. Tiada setup fee dan tiada yuran tahunan. Akaun anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila memindahkan wang dari Paypal ke kad debit atau ke akaun bank.
  • Cara ia berfungsi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
  • Mampu untuk menerima bayaran melalui kad debit atau kad kredit daripada pembeli dari seluruh dunia. Bisnes anda akan pergi lebih jauh dan global. Dikatakan kadar penggunaan kad debit terus meningkat.
  • Matawang Malaysia (MYR) telah disokong oleh Paypal. Bermaksud, anda boleh meletak harga dalam RM melalui sistem Paypal!
  • Kemudahan memindah wang dari akaun Paypal terus ke mana-mana kad debit VISA atau ke akaun simpanan anda di bank yang terpilih. Pendek kata, Paypal telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia!

 

 Nak tahu lebih lagi? Klik banner di bawah

 Tutorial Asas Paypal Terlengkap, Kini Tiada Lagi Masalah Beli Belah! - Terbakor

 Apa yang bakal anda dapat dengan Panduan Asas Terlengkap Paypal ini?

 

  • Pengenalan asas Paypal. Selepas membaca penerangan di dalam bab ini, anda semakin jelas betapa mudahnya menggunakan Paypal dan akan menyesal kerana tidak menggunakan Paypal sejak dahulu lagi!
  • Contoh-contoh penggunaan Paypal. Untuk memantapkan lagi pemahaman terhadap aplikasi Paypal, anda akan ditunjukkan contoh sebenar penggunaannya.
  • Kad debit cadangan. Tidak semua kad debit boleh digunakan untuk mendaftar Paypal. Saya akan cadangkan beberapa kad debit yang terbukti berjaya digunakan untuk pengesahan akaun Paypal.
  • Pendaftaran akaun Paypal untuk perniagaan. Proses ini amat mudah sahaja. Namun anda perlu melakukan dengan teliti.
  • Pengesahan akaun Paypal. Pada peringkat inilah ramai yang GAGAL. Ya, GAGAL mengesahkan akaun mereka dengan kad debit. 
  • Anda akan diterangkan proses yang perlu dilakukan agar kad debit anda tidak ditendang oleh sistem Paypal.
  • Pantang larang Paypal. Tidak melakukan hal-hal yang bertentangan dengan peraturan Paypal akan mengurangkan risiko akaun anda daripada dibekukan. Jangan sesekali meremehkan perkara ini.
  • Memindahkan wang ke akaun bank. Ditunjukkan langkah demi langkah bagaimana mengeluarkan wang dari akaun Paypal ke akaun bank. Saya tahu, ini adalah perkara yang menyeronokkan sekali.
  • Asas penggunaan akaun Paypal. Bagaimana menerima dan menghantar duit ke akaun Paypal pihak lain dan juga cara buat “buy button”.
  • BONUS: 13 cara mengisi duit ke akaun Paypal anda. Ya, bukan satu, tetapi 13 cara! Tidak guna kalau ada akaun tapi tidak ada duit di dalamnya.

 

Tak cukup lagi? Anda juga akan enam video tutorial untuk memudahkan pemahaman anda mendaftar dengan Paypal. Jadi bertindaklah sekarang. Dengan memiliki akaun Paypal, anda akan dapat memudahkan banyak kerja kerja yang selama ini tidak dapat akan lakukan dengan senang. Insyaallah dengan mengikuti panduan ini, anda dapat mendaftar dan terus menggunakan akaun Paypal dengan jayanya. 

 

 

 

Loading...

Latest Comments

  1. boni kacak October 15, 2012
  2. olass October 16, 2012
  3. mselim3 October 19, 2012
  4. faizfakhirin October 19, 2012

Leave a Reply