Kelantan Cuti Umum 21 Oktober Sempena Final Piala Malaysia – Terbakor

 

Kelantan Cuti Umum 21 Oktober Sempena Final Piala Malaysia

 

Kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan 21 Oktober ini sebagai cuti umum peristiwa di atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

 

 Kelantan cuti umum 21 Oktober 2012

 Kelantan Cuti Umum 21 Oktober Sempena Final Piala Malaysia - Terbakor

Cuti umum Kelantan Piala Malaysia 2012

 

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 hari ini.

“Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.

“Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi,” katanya.

Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Sumber

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site