Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam – Terbakor

 

Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam

 

Adakah korang penggemar filem Pirates of the Carribbean? Pasti korang ingat dengan watak Johnny Deep iaitu Captain Jack Sparrow kan? Tahukah korang yang Captian Jack Sparrow sebenarnya orang Islam? Nama Islamnya adalah Yusuf Reis. 

Captain Jack Sparrow

 Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam - Terbakor

Jack Sparrow sebenarnya adalah Islam

RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England, setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis.

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.

Sedikit maklumat mengenai siapa Imam Suhaib Webb ini dalam artikel saya sebelum ini bertajuk Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini di

http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.

 

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih seperti yang ada di Blog Khazanah Melayu dihttp://artifakmelayu.blogspot.com

The Legend of Captain Jack: From Birdy to Sparrow May 19, 2011

Page 1 of 2 | Next page