PM :Kerajaan Persekutuan Ada Rancangan Besar Untuk Rakyat Sabah – Terbakor

 

PM :Kerajaan Persekutuan Ada Rancangan Besar Untuk Rakyat Sabah

 

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan persekutuan mempunyai perancangan yang sangat besar untuk rakyat Sabah. Katanya lagi, sekiranya rakyat Sabah memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah Sabah pada penggal yang akan datang, mereka akan berusaha memajukan Sabah dan bekerja lebih kuat lagi.

 

 Kerajaan Sabah

PM :Kerajaan Persekutuan Ada Rancangan Besar Untuk Rakyat Sabah - Terbakor

Rancangan besar untuk rakyat Sabah

 

KUNDASANG: Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan besar untuk rakyat Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata seandainya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya akan datang, kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri akan bekerja lebih kuat lagi untuk memajukan lagi negeri Sabah yang begitu besar potensinya.

“Saya senang hati melihat sambutan dan sokongan padu kepada saya dan Barisan Nasional,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas sempena program tinjauan mesra di Pekan Kundasang, di sini, Ahad.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi BN mengajak rakyat Sabah supaya meneruskan sokongan kepada BN demi kesinambungan pembangunan dan masa depan yang cerah.

Pada pilihan raya lepas, BN Sabah hampir menyapu bersih kesemua 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya kalah kepada DAP di kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau).

Menyentuh tinjauan mesra itu, Najib berkata beliau gembira kerana dapat bersalaman dan beramah mesra dengan penduduk kampung di sini.

“Saya melihat kawasan Kundasang ini memang Tuhan kurniakan alam semula jadi yang kita boleh manfaatkan … tanam apa sahaja jenis tanaman terutama jenis tanaman makanan, semua menjadi dan memberi kita pendapatan yang begitu baik sekali.

“Kalau kita berusaha dengan rajin, Insya-Allah kita dapat rezeki yang baik,” katanya.

Page 1 of 3 | Next page