Kewujudan sistem pandu lalu untuk pilih escort girl dibongkar! – Terbakor

 

Kewujudan sistem pandu lalu untuk pilih escort girl dibongkar!

 

Kegiatan haram escort girl sekarang ini semakin lama semakin berani. Kini, mereka menyediakan khidmat seperti pandu lalu untuk pelanggan mereka memilih call girl yang berkenan. Sampai bila ya aktiviti haram begini akan diteruskan? 

 

 Escort girl pandu lalu

Kewujudan sistem pandu lalu untuk pilih escort girl dibongkar! - Terbakor

Kegiatan haram escort girl

 

KUALA LUMPUR: Pesan, tunggu, pilih dan angkut. Itulah taktik orang jual orang yang menggunakan sistem ala pandu lalu kepada pelanggan untuk memilih wanita teman pengiring.

Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi.

Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan.

Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.

Abang akan membawa wanita lain untuk dipilih jika pelanggan tidak bersetuju dengan teman pengiring pertama.

 

Sumber : My Metro

Loading...

Leave a Reply