Wanita miliki 29 kad kredit ‘tipu’ dipenjara 58 bulan
Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 58 bulan dan denda RM14,500 terhadap seorang pembantu tadbir wanita selepas mengaku bersalah atas 29 pertuduhan memiliki kad kredit menggunakan nama orang lain.
Kad kredit

Kad kredit palsu
Tertuduh Dewi Susilawaty Suaidi, 37, yang bertugas di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak tenang selepas Majistret Maris Agan menjatuhkan hukuman tersebut.
Dewi Susilawaty didakwa memiliki 29 keping kad kredit pelbagai bank atas nama 16 wanita lain pada pukul 4.35 petang, 28 Ogos lalu di Taska Sichomel Alam Sanctuary, No. 4564 Lorong Sumber Alam 2D, Sumber Alam Sanctuary, Jalan Sultan Tengah di sini.
Pendakwaan oleh Inspektor Yunus Sahak itu dilakukan mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon untuk menangguhkan hukuman penjara tersebut dan mahkamah membenarkannya dengan ikat jamin RM3,000 selain perlu membayar denda tersebut hari ini. – Bernama
Sumber : Sinar


mak aih…dasyatnya dia ni..
My recent post Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara
perghhh…tu la…jgn dok tipu org..ujung2 tak juga kaya…ke lokap juga ko akhirnya..B)
My recent post “Pep Guardiola sangat Sesuai Jadi Pengurus Arsenal”-Marquez (Former defender Barcelona)