Elfira Loy nafi bercinta dengan Randy Pangalila – Terbakor

 

Elfira Loy nafi bercinta dengan Randy Pangalila 

 

Elfira Loy dalam satu kenyataannya kepada media menafikan sekerasnya dakwaan dia sedang bercinta dengan aktor Indonesia, Randy Pangalila. Pelakon remaja itu juga memberitahu dia sudah buntuk untuk menjelaskan dakwaan itu dan mengatakan dia dan Randy hanya kawan biasa.

 

 Randy Pangalila

Elfira Loy nafi bercinta dengan Randy Pangalila - Terbakor

Elfira Loy dan Randy Pangalila

KUALA LUMPUR: Aktres remaja Elfira Loy menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang sekali lagi mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dengan aktor Indonesia Randy Pangalila.

Pelakon berusia 18 tahun itu berkata, dakwaan yang sudah berulang kali diperkatakan itu membuatkan dia berasa buntu untuk terus memberikan penjelasan.

“Saya sudah tidak tahu bagaimana hendak jawab mengenai perkara ini. Walaupun saya cakap tidak bercinta pun, orang akan tetap tuduh saya ada hubungan dengan dia (Randy).

“Hakikatnya, memang kami tiada apa-apa hubungan serius melainkan kawan biasa sahaja,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Gosip yang mengaitkan pasangan muda ini bermula sejak setahun lalu ketika mereka bergandingan dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang.

Susulan gosip tersebut, Elfira dikecam teruk oleh peminat aktor berusia 22 tahun itu yang kurang senang dengan dakwaan berkenaan.

Terbaru, aktres bertubuh genit itu sekali lagi dikhabarkan menjalin hubungan dengan Randy secara rahsia.

Elfira berkata, dia tidak bimbang atau takut untuk menafikan perkara itu kerana ia memang tidak berlaku biar pun dia terpaksa menghadapinya berulang-kali.

“Tiada apa yang saya hendak takutkan kerana memang saya tidak bercinta atau cuba menyembunyikannya.

“Randy seorang kekasih yang setia. Dia sangat mencintai kekasihnya Michela Putri di Jakarta, Indonesia dan saya juga mengenali kekasihnya itu,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Elfira berkata, dia baru sahaja mendapat kecederaan lebam di bahagian kakinya kerana dipijak kuda.

Katanya, kecederaan itu dialami ketika dia sedang membuat latihan menunggang sebagai persiapan untuk telefilem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Page 1 of 2 | Next page