Nabila Huda : Artis dulu lebih seksi, kenapa tak jadi isu? – Terbakor

 

Nabila Huda : Artis dulu lebih seksi, kenapa tak jadi isu? 

 

Aktress Nabila Huda yang mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seksi di malam anugerah Blokbuster beberapa hari lalu meminta maaf atas tindakannya kepada semua pihak yang tersinggung. Katanya lagi, dia hairan kerana pakaiannya dijadikan isu sedangkan artis era terdahulu lebih berani berpakaian seksi daripadanya. 

Nabila Huda

 Nabila Huda : Artis dulu lebih seksi, kenapa tak jadi isu? - Terbakor

Nabila Huda seksi Anugerah Blokbuster 

 

“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.

“Tetapi saya tidak mahu panjangkan isu ini dan saya minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilan saya pada majlis anugerah itu dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Penampilan Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 28, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ayahnya sendiri, penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Menjawab mengenai pemakaian ‘tube’ ketika dirinya menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, Nabila berkata, “mengenai pemakaian ‘tube’ itu saya sendiri yang nak pakai, bukan pihak Astro yang suruh.”

“Yalah sebab masuk TV kan dan memang saya nak cover bahagian perut itu.

“Saya cari tube itu semasa berada di belakang pentas dan memang saya pakai tube itu atas kemahuan saya sendiri,” katanya yang kini sibuk menghabiskan penggambaran drama bersiri Julia yang kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang.

 

Sumber : Sinar

 

 

Loading...

Leave a Reply