Johan As’ari : Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila – Terbakor

 

Johan As’ari : Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila

 

Berbeza dengan pendapat Amy Search yang kurang senang dengan penampilan seksi anaknya, Nabila Huda dalam malam Anugerah Blokbuster baru baru ini, teman tapi mesra Nabila, Johan As’ari pula memberikan pendapat sebaliknya. Menurut Johan As’ari masyarakat tidak seharusnya menilai Nabila melalui pakainnya tetapi kepada sifat dalamannya.

 

p/s : Admin dengar cerita Johan dan Nabila dah putus cinta. Aik? bila masa dorang mengaku bercinta ni? Bukan dulu katanya kawan saja ke? 

 

 

Johan As’ari

Johan As'ari : Seksi Bukan Gambaran Jahat Nabila - Terbakor

Johan As’ari tak kisah Nabila Huda seksi

PETALING JAYA: Pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara menyeluruh.

Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.

“Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik, cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.

“Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah bersama anaknya,” ujar Johan ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Selasa.

Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.

Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk terhadap Nabila sendiri.

Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.

Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.

“Saya tidak tahu sejauh mana pakaian tersebut dikatakan terdedah kerana semasa berjumpa dengannya dia mengenakan selendang untuk menutupi bahagian yang terdedah itu.

Page 1 of 2 | Next page