Randy Pangalila : Usah Besarkan Isu Permit Kerja – Terbakor

 

Randy Pangalila : Usah Besarkan Isu Permit Kerja 

 

Randy Dionisius Pangalila, 22 atau lebih dikenali sebagai Randy Pangalila berkata  isu yang mempertikaikan kedatangannya untuk berlakon di negara ini disebabkan faktor salah faham oleh pihak tertentu. Nama Randy Pangalila mula popular di Malaysia sejak dia berlakon bersama Elfira Loy dalam drama Biar Mimpi Sampai ke Bintang.

 

 Randy Pangalila

Randy Pangalila : Usah Besarkan Isu Permit Kerja - Terbakor

Isu permit kerja Randy Pangalila di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Randy Pangalila berkata isu yang mempertikaikan kedatangannya untuk berlakon di negara ini disebabkan faktor salah faham oleh pihak tertentu.

Randy atau nama sebenarnya Randy Dionisius Pangalila, 22, berkata, sebagai pelakon asing yang mencari peluang lakonan Malaysia, dia enggan memberikan ulasan lanjut atau membesarkan isu terbabit.

“Isu itu timbul kerana salah faham dan komunikasi pihak tertentu. Saya tidak mahu bercerita lanjut kerana ia akan memburukkan keadaan sahaja.

“Sebagai pelakon asing, saya begitu menekankan aspek permit dan peraturan untuk berlakon di sini. Sebelum memulakan penggambaran lagi, saya sudah memenuhi semua keperluan itu,” katanya.

Randy berkata demikian bagi mengulas pertikaian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak lama dulu mengenai kehadirannya yang diberikan program khas pada Hari Raya lalu iaitu Randy! Oh My Raya yang mungkin dilakukan tanpa prosedur yang betul.

Malah, Zed turut mempertikaikan pelakon itu yang tidak menjadi ahli Seniman, di mana ia adalah peraturan wajib bagi seseorang yang ingin terlibat dalam produksi di negara ini.

Mengenai hubungannya dengan aktres sinetron Nada Cinta iaitu Michella Putri, Randy berkata, mereka sudah bercinta sejak dua tahun lalu.

“Saya sudah ada kekasih iaitu Michella Puteri. Hubungan kami berada dalam keadaan baik walaupun masing-masing sibuk dengan lakonan.

“Gosip yang mengaitkan saya dengan pelakon Malaysia iaitu Elfira Loy tidak menggugat hubungan saya dengan kekasih kerana ia hanya cerita kosong dan bukan perkara serius,” katanya yang berkunjung kali keempat ke negara ini.

Randy yang pernah bergandingan dengan Elfira dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang sebelum ini, sekali lagi berpasangan untuk drama bersiri terbaru Dalam Hati Ada Taman.

Page 1 of 3 | Next page