Mari bantu Kamal Affandi Hashim untuk terus bercakap – Terbakor

 

Mari bantu Kamal Affandi Hashim untuk terus bercakap 

 

Masih ingatkah lagi korang dengan figura yang bernama Kamal Affandi Hashim? Individu ini sangat popular dengan program pencegahan jenayah. Bila nak raya je, Kamal Affandi pasti muncul di kaca TV memberikan nasihat mengenai pencegahan jenayah seperti rompakan, kecurian dan sebagainya. Tapi, kami menerima khabar sedih mengenai Kamal Affandi Hashim. Beliau kini menghidap Arteriovenous malformation yang secara ringkasnya menrujuk kepada urat saraf ekstra dalam otak sehingga mengganggu fungsi otak.

 

 Kamal Affandi Hashim

Mari bantu Kamal Affandi Hashim untuk terus bercakap - Terbakor

Kamal Affandi Hashim menghidap penyakit dalam otak

“Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku,” ujarnya dalam gurau.
 
“Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk,” balas saya.

Saya kemudian mengajukan soalan berikut …

 
“AVM itu apa?”
 
Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala,” jelasnya.
 
Klik di sini, jika ingin mengetahui maklumat terperinci berhubung AVM.
 
Sahabat saya itu, individu banyak berjasa kepada ramai.
 
Setakat ini dia masih pertah berkata-kata dan tidak lekang dengan lawak jenaka biarpun antara kesan AVM, jika tidak dirawat secepat bakal menganggu sistem komunikasinya. Untuk rekod, sebelum ini, dia sentiasa sibuk menjelajah negara, dijemput memberikan ceramah berhubung pencegahan jenayah kepada masyarakat tanpa mengira tempat, bangsa dan agama. 
 
Pagi tadi saya terbaca status di Facebook anak kepada anggota polis itu.
 
Dear friends, I have AVM on my left brain. My treatment plan with CyberKnife which will cost RM41,820 were to start on Monday and the surgery on Wednesday but I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn’t cover my ilness at all.

Hence, I would like to offer my service of conducting talks to pool additional fund for the surgery to be held as soon as possible

Yes! My friend doesn’t beg.

Dia cuma ingin menawarkan khidmat untuk terus bercakap dan berkongsi ilmu bersama masyarakat selagi dia termampu melakukannya.

Secara peribadi, tentunya saya ingin melihat sahabat saya itu terus sihat dan menyumbang jasa kepada kita semua. Esok, jam 9 pagi, Kamal Affandi Hashim akan bersama CakapDotCom dalam sesi pertama di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca tidak mengenali Kamal, klik di sini.

Sesungguhnya cabaran hebat didepani oleh insan hebat. Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia mampu untuk mendepaninya kerana Allah itu adil.

 
Saya yakin kita semua mampu membantu penganalisis jenayah berpengalaman itu untuk terus berpeluang  bercakap sehingga ke akhir hayatnya. Jangan biarkan bakat, ilmu dan semangatnya terkubur hanya kerana AVM.

Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu, sila klik di sini untuk nombor akaun Kamal. 

Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

 Sumber : MazidulAkmalSidek

Comments

  1. Semoga dia cepat sembuh..

  2. Semoga cepat sembuh…sekadar ingin membantu ..cuba sapu Bio Ever Cream..Teknologi Nano..Tawakal pada Allah.

  3. ya Allah kau sembuhknlah insan yg bernama Kamal Affandi Hashim ini dengan segera permudahkn lah segala urusannye amiin

  4. sama2 kita berdoa semoga insan istimewa ini kembali sihat seperti biasa..amin

  5. tersentuh baca, tapi saya terkilan bila "I would have to postpone it as my insurance is not a panel of Beacon Hospital. To make matter more upsetting, my insurance doesn’t cover my ilness at all."boleh saya tahu en kamal ni ambil polisi and medical card company mana…?..sayang ada polisi tapi tak boleh claim…kalaulah en kamal ni ambil dengan prudential…beacon hospital ni adalah one of our panel.. boleh rujuk link ni…saya bukan promo insurans…tapi sedih bila jadi case macam ni…ada polisi tapi tak boleh claim…apa pun doa yang terbaik buat saudara kamal
    http://www2.prudential.com.my/corp/prudential_en_

    Beacon International
    Specialist Centre

    No.1, Jalan 215, Section 51
    Off Jalan Templer
    46050 Petaling Jaya
    Selangor

    03-7620 7979

    03-7620 7929

    RM300.00

    • 40k kalau insuran nak tanggung bukan banyak pun. Last year saya tetiba sakit, Alhamdulillah BSN Prudential bayar lebih 20k. Walau bagaimana pun saya tetap mendoakan En. Kamal berjaya menjalani pembedahan dengan bantuan Allah dan Rakyat Malaysia yang perihatin.

    • Salam

      Bro,

      Just nak seek clarification. sepengetahuan aku, tiada satu insuran ataupun takaful yang cover penyakit congenital….. walaupun masa sign up kita Alhamdulillah sihat,,, tetiba lps 10 tahun kita baru disahkan ada penyakit yang Doktor sahkan ia adalah congenital… rasanya kompem semua insuran tolak.

      Kompem ke prudential cover?

      Semoga Allah permudahkan urusan Sdr Kamal kita… amin

  6. apa yg terjadi ada hikmah nya ..selama nie byk berkhidmat untuk semua org..semuga doa doa yg berikan pada dia oleh semua org akan termakbul dan akan sembuh dgn cepat nya…….jadi rakyat malaysia mana yg mampu menderma lah mana yg tidak hanya sekeping doa dpat melimpah pahala …aminnn….muga sembuh cepat dan cergas seperti biasa

  7. tn hj othman bin awi says:

    ALLAH selamatkan TUAN drp warga krt blok 5 desa mentari

  8. Dari mana dtgnya penyakit itu dr yang maha pencipta "Memohonlah padanya solat malam, tajud bacalah al-quran sebanyak yang mungkin, selain perubatan doktor" insyallah dgn izinnya …

  9. moga semakin cepat sembuh…

  10. Doakan moga saudara kamal sihat selalu

  11. Semoga Allah permudahkan segalanya..aminn…

  12. en kamal affandi tak keseorangan,saya juga menghidap masalah yg sama.teruskan hidup seperti biasa,jaga stress level,pemakanan…insyaAllah sentiasa tawakkal kpdNya.Gamma Knife memang satu-satunya jawapan kpd masalah ini.Open surgery,amat tidak digalakkan.semoga ramai insan yg dpt membantu en kamal.tangan saya pernah "sayur" selama 3-4 bulan.terlantar di hospital dek kerana arteri yg tidak normal itu "burst".Alhamdulillah,saya boleh gerakkan jari dan tangan semula walaupun tak sekuat dulu.yg paling penting,STRESS level perlu dikawal setiap saat krn tekanan darah yg tinggi adalah punca arteri tersebut "burst".semoga Allah SWT sentiasa merahmati en kamal,insyaAllah.Barakallahu fik

  13. nurfarina says:

    smoge cpat sembuh…stiap pnyakit yg kte alami,pasti ad pnawarnye…….

  14. semoga cpt sembuh..

  15. salam…saya doakan encik kamal tabah menghadapi dugaan dr allah swt..setiap dugaan ada ganjaran yg terbaik dari nya..saya berharap encik kamal affandi hashim akan sembuh sepenuh nya..krn saya ingin melihat dan mendengar nasihat tuan untuk menjaga keselamatan diri..saya amat hargai dan sgt berterima kasih atas nasihat2 tuan…saya doakan untuk kesihatan tuan akan pulih dengan cepat…salam…

  16. Semoga dihindari dari perkara2 yg tidak diingini, sesungguhnya Allah maha pengasih lagi penyayang…………..

  17. Kamall Hms says:

    klu ada kesempatan cuba dibawa berBEKAM dulu kerana bekam adalah salah satu perubatan yang diamalkan dari zaman Rasullullah SAW…..insyaallah jika di usaha ….

  18. en kamal….my hubby suffer from AVM Lt Frontal……I take a risk go for open surgery "Craniotomy" done by Pakar bedah saraf otak , Dato dr zurin adnan at damansara Specialist on mei 2011. 8 hours on table operation 3 days in ICU 2 day HDU and a week ordinary wad,rest about 2 month…now alhamdullillah he able to drive car and back to work as normal…..Semuanya kuasa allah dugaan yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya…..
    <3

  19. Mann Orai says:

    semoga dipermudahkan segala nya

  20. ya Allah kau sembuhknlah insan yg bernama Kamal Affandi Hashim ini dengan segera permudahkn lah segala urusannye amiin–dr jpam pahang

  21. imi hashim says:

    Semoga ujian ini tidak berpanjangan…AlLLAH TIDAK MENGUJI KITA DENGAN SIA2…..

  22. Ramlah Md.Dom says:

    Moga En kamal tabah menghadapi ujian dari Allah ini, kami sekeluarga mendoakan agar kesihatan tuan akan bertambah baik..Terima kasih tuan kerana pernah menolong saya dan suami ketika kereta saya tak boleh start (bateri lemah) di Giant Sek 18 Shah Alam..Budi baik tuan akan dikenang selalu..

  23. suzila mustaffa says:

    ya Allah sembuhkan lah Insan ini moga nasihat dan paduannya berterusan.

  24. Ya Allah baru berjumpa dua minggu lepas di MTUC USJ dan berpeluang bergambar bersamanya, ceramah yang disampaikannya membuat semua orang terkasima, semoga beliau dipelihara tahap kesihatannya dan dapat meneruskan perjuangannya. Ya Allah lindungilah beliau.

  25. ya Allah sembuhkan lah Insan ini moga nasihat dan paduannya berterusan……?

  26. sebarkan di facebook dengan no.akaun bank sekali..sekarang dah bnyk kesedaran kemanusiaan..bantu membantu antara kita…insyaAllah dpt menolong

  27. hamba Allah says:

    Segala penyakit ada ubatnya. Minta pesakit dapatkan air bacaan Quran dr produk Annusyrah, botol merah nama A-MAR, harga RM8 atau 13 (harga runcit) utk 500ml. sangat berkesan utk penyakit gangguan saraf. Dibaca dgn ayat/surah terpilih utk sakit saraf.
    Cubalah. It worked for me and many others that i know of.

  28. Ya Tuhan,berikan kesembuhan kepada hambaMu yang bernama Kamal Affandi Hashim,walaupun bukan 100% agar beliau dapat menyumbangkan kepakaran beliau yang amat diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat di bumiMu ini dan berikan beliau kekuatan untuk melawan penyakit yang dihidapinya…

  29. semoga ceat sembuh,,

  30. kenapa tak cuba transfer factor darin 4life , terbukti telah menyembuhkan penyakit2 kronik
    layari 4life research to find out

  31. Anida Mohd Ali says:

    Semoga Allah senantiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada saudara Kamal Affandi Hashim & kita semua dari waktu ke waktu…Aamiin…

  32. moga di sembuhkan sakit nya dan di beri peluang untuk terus berbakti untuk bangsa, agama dan negara..amin

  33. ya Allah sembuhkan lah insan ini agar insan ini terus berbakti untuk masyarakat.. amin.

  34. Farah Nor says:

    semoga terus tabah dgn dugaanNya…insyaAllah…sya doakan agar dipermudahkan segala urusan..

  35. shamsareeza says:

    semoga Allah merahmati en Kamal Affandi kerana khidmatnya masih dan amat diperlukan untuk membantu rakyat malaysia….mudah2an tabah meghadapi ujian dan dugaan ini

  36. zairie mono says:

    Di harapkan kepada semua Amalkan Doa Nurrun Nubuwah……mohon pada Allah semoga segala kesukaran dan bencana diindari dari kita kecuali Maut.

  37. semoga tuan tabah menghadapi dugaan..dan semoga dipermudahkan segala urusan..sama2lah kita doakan yang terbaik untuk tuan..amin.

  38. semoga tuan tabah menghadapi dugaan…dan semoga dipermudahkan segala urusan…amin…

  39. ya allah … sembuhkanlah penyakit hamba allah ini yg banyak memberi info keselamatan pd rakyat/…

  40. Sardanah Binti Ijap says:

    Semoga dugaan ini ada penawarnya dan semoga En.Kamal cepat sembuh seaktif sedia kala…aminnn

  41. zawidahaziz says:

    ya allah saya amat mengkagumi tuan dan amat terkejut mendengarnya.insan baik spt tuan diuji dgn sekemudian rupa.ya allah kasihanilah hamba mu ini moga cepat sembuh

  42. Noor Khalbi Wan Ali says:

    Besabarlah dgn ujian ALLAH & berdoalah kepadaNYA, insyaalah akan diberi kesembuhan. Sesungguhnya ALLAH menyayangi Kamal Affendi

  43. nurmala subari says:

    muga abang kamal cepat sembuh… ala pasti abang kamal kuat utk mengharungi dugaan ini. amin doa kudus dari seorang sahabat lama….ALA pkns 1990

  44. YA Allah…
    Moga dipermudahkan segala urusan insan bernama Kamal Affandi Hashim ini.
    Sembuhkan penyakitnya… lindunginya keluarganya….. kembalikan rutin hariannya.
    Amin.

  45. Norazimah Abu Bakar says:

    Sdr Kamal yang saya kenali semasa saya bersama PDRM dulu, Kamal kuatkan semangat yea…teruskan hidup riang anda seperti mana saya kenal awal, InsyaAllah kita akan sama-sama membantu untuk awak terus bersama kami. Sayu saya mendapat tahu, redhakan pemberianNya ini, entah apa Hikmah tersembunyi. Semoga awak akan sembuh secepat mungkin! Amin..kami semua sayangggg awak!

  46. ya allah berikanlah kesihatan yang baik pada abg kamal "pegasus".amin

  47. Nurin2006 says:

    Semoga En. Kamal cepat sembuh, rasanya apa pun jenis penyakit yang bermula sejak lahir mmg tak boleh claim insurance…sbb baru2 ni saya pun ada berhadapan masaalah ni, di sebabkan Dr. KPJ silap membuat report kpd insurance menyebabkan pihak insurance terus membatalkan semuaya..tp alhamdulillah slps sy trnsfer ank saya ke LGL , Dr. di sana mengesahkan yg penyakit ank saya bukan sejak lahir…semoga En. Kamal kuatkan semangat..insyaallah..

  48. siti khatijah says:

    semoga beliau cepat sembuh…sama-samalah kita berdoa kepada beliau.Saya juga nak berkongsi .saya juga adalah bekas pesakit AVM tahun 2000.saya telah dioperate 3 kali…sekarang dah ok..cuma kesan dari penyakit tersebut pertuturan sy xclear (kesan kekal), manakala tangan kiri saya lemah.saya juga menjadi pelupa dan tidak pick up (susah memahami sesuatu perkara yang senang)…saya juga tidak boleh stress ..mujurlah semua kawan sekerja memahami..alhamdulillah…syukur atas AnugerahNya…Semoga beliau tabah menerima ujian ini…..

  49. siti khatijah says:

    semoga beliau cepat sembuh…sama-samalah kita berdoa kepada beliau.Saya juga nak berkongsi .saya juga adalah bekas pesakit AVM tahun 2000.saya telah dioperate 3 kali…sekarang dah ok..cuma kesan dari penyakit tersebut pertuturan sy xclear (kesan kekal), manakala tangan kiri saya lemah.saya juga menjadi pelupa dan tidak pick up (susah memahami sesuatu perkara yang senang)…saya juga tidak boleh stress ..mujurlah semua kawan sekerja memahami..alhamdulillah…syukur atas AnugerahNya…Semoga beliau tabah menerima ujian ini…..

  50. semoga cepat sembuh insyallah kami warga n9 senantiasa mendoakan kesihatan tuan

  51. Wahai rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan! Marilah sama2 memberi sumbangan kepada orang yang telah banyak berbakti untuk masyarakat….semuga beliau cepat sembuh dan terus menyumbang bakti.. Ya allah, kau kurniakan kepada kamal affendi kebahagiaan, keselamatan dan kesejahteraan. Kurniakanlah kepadanya penawar bagi penyakitnya..amin.

  52. Moga en kamal cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan dari NYA….

  53. siti khatijah says:

    semoga cepat sembuh

  54. siti khatijah says:

    ssemoga saudara tabah menghadapi dugaan ini….

  55. semoga cepat sembuh…

  56. Rohasni Hussin says:

    semoga Allah menemukan jalan keluar bagi mengatasi masalah en kamal. untuk berkongsi pengalaman. anak saya adalah pengidap Ciari Malformation type 1. Ianya dilahirkan begitu namun mula menunjukkan tanda2 sakit menjelang umur 13 tahun. tanda2 sakit bermula dengan sakit kepala n then satu demi satu keupayaannya merosot. yang paling kritikal skali ialah hilang kawalan keseimbangan badan.
    namun setelah punca dan penyakitnya dikenalpasti, pembedahan di pangkal kepala telah dilakukan di HUSM . Alhamdulillah, Allah menurunkan rahmatnya, pembedahan berjaya mengembalikan sebahagian drp keupayaan yang ditarik sementara…
    SPM 2011, anak ini keluar sebagai PELAJAR CEMERLANG KELAINAN UPAYA.- 10A1B

  57. Kami sekeluarga mendoakan agar Sdr Kamal Affandi cepat sembuh untuk menerus dan memperjuangkan niat suci sdr.

  58. $ sy bank in ke acc public bnk tu rejected la…why ya? full alredi?

  59. Rohasni Hussin says:

    semoga ALLAH mudahkan jalan utk menyembuhkan penyakit en kamal

  60. salam… for en kamal ariffin moga tuhan beri petunjuk dan dipermudahkan ujian dr tuhan ini…for midaman hubby i juga menghadapi penyakit yang sama .January 2012 hubby sy koma dan strok sebelah kiri dan menjalani pembedahan di kpj damansara ( dr zurin adnan ).dan sekarang alhamdullilah suami saya sudah beransur pulih tapi memerlukan sedikit masa lagi untuk sihat sepenuhnya…semua itu dugaan dari tuhan..

  61. ahmad din says:

    SALAMULLAH,
    SAYA Cikgu Ahmad Din, ATAS NAMA PERSONAL DAN DUA NGO YANG SAYA PENGERUSIKAN SEPERTI TERPANGGIL MENATAP SAHABAT SAYA KAMAL AFFANDI SEBEGINI… INSYAALLAH DENGAN IZIN ALLAH, SAYA/KAMI AKAN BERUSAHA MEMBANTU…
    1. FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN (di dalam facebook dan berdaftar)
    2. KELAB ANTI PERAGUT Se MALAYSIA…(juga di dalam facabook)
    APA YANG SAYA PERLUKAN ADALAH NO AKAUN BANK SDRA KAMAL AFFANDI SUPAYA GERAKAN SAYA DAPAT TERUS DI SALURKAN KE DALAM AKAN BELIAU DAN JUGA NAMA PENUH SERTA IC BELIAU SUPAYA ADA PIHAK YANG BAKAL MENULIS CEK TERUS KEPADA BELIAU.. https://www.facebook.com/groups/kelabantiperaguts
    https://www.facebook.com/groups/falsafahsebagaipe

    kami akan berusaha membantu untuk beloiau aman memberikan amal buat masyarakat…
    SESIAPA BERKENAAN SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN: 019-2498886 ATAU 012-9023888
    atau email saya: ahmad_cikgu30@yahoo.com. TERIMA KASIH DAN BERIKANLAH KERJASAMA PADA PERSOALAN INI…

    SALAMUNKHAULANMIRROBBIRROHIM
    Cikgu Ahmad Din

  62. bersabarlah…insyallah penyakit itu ada jodohnya. cuba-cubalah kaedah rawatan terapi electrostatic.

Speak Your Mind

*