10,000 peniaga dan penjaja ibu kota tiada lesen – Terbakor

 

10,000 peniaga dan penjaja ibu kota tiada lesen

 

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Abu Samah Shahbudin, dianggarkan 10,000 peniaga dan penjaja di sini tidak memiliki lesen perniagaan. Beliau berkata kebanyakan mereka dikenal pasti menjalankan perniagaan makanan menggunakan kenderaan di lokasi yang tidak tetap.

 

 Penjaja KL tiada lesen

10,000 peniaga dan penjaja ibu kota tiada lesen - Terbakor

Lesen peniaga di KL

“Di Kuala Lumpur walaupun dibanjiri begitu ramai peniaga dan penjaja, namun sehingga kini hanya seramai 60,000 yang berdaftar dan memiliki lesen yang sah.

   

“Selebihnya didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dengan lokasi yang tidak strategik seperti di tepi-tepi jalan dan di tepi longkang,” katanya kepada pemberita selepas menutup seminar Kecemerlangan Perniagaan Beretika Zon Tengah 2012 di sini hari ini.

   

Beliau berkata KPDNKK sedang berusaha untuk menjaga kebajikan golongan peniaga dan penjaja namun keengganan dari kebanyakan mereka mendaftar perniagaan, menyebabkan mereka terpinggir.

“Kementerian sebelum ini telah menubuhkan Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil di seluruh negara dan akan memulakan tugas tidak lama lagi antaranya untuk membantu peniaga dan penjaja mendapatkan lesen perniagaan dan mendapatkan lokasi perniagaan yang strategik.

   

“Namun kita tidak akan dapat membantu golongan itu sekiranya mereka berterusan menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.

     

Abu Samah berkata peniaga dan penjaja yang tidak berlesen bukan sahaja sukar untuk dibantu pihak KPDNKK namun pelbagai insentif yang disalurkan kerajaan untuk para usahawan yang terlibat antaranya menyediakan dana sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, juga tidak dapat dikecapi mereka.

     

Justeru beliau berkata pihaknya menyeru peniaga dan penjaja segera mendaftarkan perniagaan masing-masing demi kelangsungan perniagaan mereka dan membantu kerajaan melahirkan  usahawan yang lebih tersusun.

   

“MPPP ibarat orang tengah yang menjadi tempat mengadu untuk sebarang masalah yang dihadapi para peniaga dan penjaja, sebab itulah pentingnya mereka segera mendaftarkan perniagaan dan seterusnya boleh datang menemui wakil kita di KPDNKK sekiranya mempunyai masalah,” katanya.

Ditanya mengenai kebanjiran peniaga dan penjaja berbangsa asing yang juga kebanyakannya tidak memiliki lesen, beliau berkata pihaknya menggesa kementerian berwajib seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara membantu memeriksa pas lawatan peniaga asing berkenaan.

Page 1 of 2 | Next page