Pengguna Facebook boleh berpelukan walau jarak jauh – Terbakor

Pengguna Facebook boleh berpelukan walau jarak jauh 

 

Tahukah korang yang kini, pengguna Facebook boleh ‘berpelukan’ antara satu sama lain setiap kali status mereka di klik ‘Like’ walau jarak antara mereka jauh?  Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah mereka satu jaket dikenali sebagai dikenali sebagai Like-A-Hug yang mempunyai fungsi untuk memberi perasaan ‘dipeluk’ kepada pemakainya setiap kali statusnya di klik Like. Erm, macam mana tu ye? 

Jaket Like-A-Hug

 Pengguna Facebook boleh berpelukan walau jarak jauh - Terbakor

Dipeluk setiap kali status Facebook di klik Like

SAN FRANCISCO – Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.

Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.

Disifatkan sebagai ‘media sosial yang boleh dipakai’, jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik “Like” pada status yang ditulis.

Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.

“ Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh,” kata Chow. – AFP

 

Sumber : Kosmo

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site