
Izara Aishah : Itu video lama, sekarang saya tak seksi lagi
Berhubung dengan isu video tarian seksi dan tidak sopan oleh aktress Izara Aishah yang tersebar meluas baru baru ini, pelakon Vanilla Coklat itu memberi penjelasan. Kata Izara, itu adalah video lama yang dirakamkan sebelum usianya mencecah 18 tahun lagi untuk projek khas semester akhir pengajian. Izara juga meminta maaf dan berkata dia sudah berubah mengikut kematangan usia.
Izara Aishah

Video tarian seksi Izara Aishah
“Apa yang Izara boleh cakap, ia adalah video lama. Ketika itu Izara belum lagi menyertai Dewi Remaja. Izara dan teman sekolej melakukan projek khas untuk semester akhir pengajian. Tak sangka pula video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.
“Izara minta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Percayalah Izara sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian. Ya, dulu Izara memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, Izara sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk,” jelas Izara yang mengakui ketika video tersebut dirakamkan, usianya belum mencecah 18 tahun.
Sumber : 2dayblogger






