Suami Amanda Fong Kim Yen didakwa melakukan penderaan – Terbakor

Suami Amanda Fong Kim Yen didakwa melakukan penderaan

 

Masihkah korang ingat dengan kes Amanda Fong? Seorang ibu mengandung muda berusia 19 tahun yang mengupload video dirinya dipukul suaminya, Calven Chik Foo Keong, 26. Sejak kes itu tersebar, banyak perspektif timbul. Ada yang mengatakan punca sebenar adalah kerana Amanda curang dan sebagainya. Tapi walau bagaimanapun, Calven Chik kini didakwa dengan niat mendatangkan kecederaan ke atas isterinya dengan memukul wanita itu.

 

 Calven Chik Foo Keong

 Suami Amanda Fong Kim Yen didakwa melakukan penderaan - Terbakor

Kes dera Amanda Fong

IPOH – Seorang peniaga pakaian dan aksesori wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul isterinya yang hamil dua bulan di sebuah butik milik pasangan itu di sini pada Ogos lalu.

Calven Chik Foo Keong membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Haslinda Raof selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Calven, 26, didakwa dengan niat mendatangkan kecederaan ke atas isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19, dengan memukul wanita itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 4 petang 23 Ogos lalu di butik milik pasangan itu di Amanda & Co., No. 30, Taman Ipoh Selatan di sini.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar.

Calven diwakili tiga peguam

iaitu Dexter Mah Koh Leong, Hassanuddin Mohd. Yusoff dan Nur Syaira Othman.

Majistret Haslinda menetapkan 31 Oktober depan bagi sebutan semula kes itu.

 

Sumber : Kosmo

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. boni kacak says:

    lepas ni kalau isteri buat apa2 yang tak elok belakang suami, suami kena diam , tengok dan senyum je la. sekarang ni isteri kena lempang pun dah buat report..
    My recent post Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter Part 2

    • Terbakor says:

      itu la pasal.. sbb tu ramai isteri curang.. marah betul aku

    • anna says:

      hbis,klau isteri buat hal kau boleh bunuhlh??
      psal tu lelaki ni dikurniakan 9 akal ..
      bfikir sblm btindak LoL..
      skrg trimalh padah ..

    • Ai Sbg says:

      Ooo.. kalau bini curang boleh senang belasah mcm binatang.. Kalau lelaki curang? Ada masanya lelaki tu sendiri cetek ilmu dalam AWAL bermulanya perhubungan suami isteri.. Sepatutnya bunga2 curang tu tak berlaku kalau En suami pandai menjaga kerukunan dan kebahagian rumahtangga dia. :|

  2. anna says:

    abis,klau dh isteri wat x elok kau ada hak ke nk bunuh??
    pasal tulah Tuhan kurniakn 9 akal utk Lelaki ..
    sblm btindak kenalh bfikir LoL …
    skrg trima lah padahnya..

  3. Didi says:

    Apakah pula hukuman Suami curang dgn isteri orang… Patut ke dihukum sula or tgk sahaja apa yg berlaku… Teruk la dunia nak akhir zaman ni mcm2 benda maksiat terjadi…

  4. siti salha says:

    harap2 calvin ni dpt pengajaran dr pengalaman yg elok ini, dan x mengulangi kesilapan dia, jadi si suami dan si isteri sama2lah menjaga rumah tangga masing2 supaya benda2 yg x dingini berlaku, assalammualikom:)

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site