Hubungan Aidil Dan Jue Aziz Semakin Serius?
Kami terbaca tentang gosip ni dari Abang Nara. Kami tak terbaca akhbar Utusan Malaysia yang dimaksudkan itu, tetapi nampak gayanya kata mereka, hubungan cinta Aidil Zafuan dan Jue Aziz semakin serius. Sehingga kini, kes penceraian Aidil Zafuan dan Rita Rudaini masih belum menemui titik nokhtah.
Aidil Zafuan

Aidil Zafuan dan Jue Aziz
Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di Utusan Malaysia ini. Mana taknya, daripada penulisan tersebut, dikatakan hubungan Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini dengan Jue Aziz sudah memasuki fasa yang serius. Tahap keseriusannya ialah apabila mereka berdua menggunakan perkataan “sayang” sebagai kata ganti diri.
Menurut artikel itu juga, Aidil dikatakan membeli sebuah beg tangan berjenama mewah di pusat membeli belah Pavilion. Beg itu dikatakan sebagai hadiah kepada Jue yang merajuk baru-baru ini. Agak pelik kalau perkara ini benar-benar terjadi kerana Jue sebelum ini mengakui hanya berkawan dengan Aidil.
Daripada tulisan di Utusan Malaysia ini juga, khabarnya Aidil telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini sehari dua yang lalu. Ini adalah permohonan cerai kali kedua yang dilakukan selepas Aidil menarik balik permohonan cerai yang pertama. Benar atau tidak, kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak.

