Robert Pattinson dan Kristen Stewart berbaik, bakal berkahwin – Terbakor

 

Robert Pattinson dan Kristen Stewart berbaik, bakal berkahwin 

 

Aktor terkenal Robert Pattinson memberitahu dia tidak akan membenci Kristen Stewart biarpun wanita itu pernah curang dengannya. Katanya lagi, dia mahu melupakan kisah hitam yang berlaku dan berbaik semula dengan Stewart. Untuk membuktikan kasih sayangnya, dia juga mahu berkahwin dengan pelakon utama filem Twilight ini.

 

 Robert Pattison

Robert Pattinson dan Kristen Stewart berbaik, bakal berkahwin - Terbakor

Robert Pattison dan Kristen Stewart

AKTOR Robert Pattinson tidak akan membenci kekasihnya Kristen Stewart walaupun dia dicurangi kerana hanya gadis itu yang dapat memahami dirinya.

Atas sebab itu juga, Pattinson mahu melupakan kisah hitam itu dan berbaik semula dengan Stewart.

Difahamkan juga, aktor filem Bel Ami itu turut merancang untuk berkahwin dengan aktres itu sebagai bukti kasih sayangnya.

“Dia (Pattinson) mula terfikir bahawa tiada orang lain yang lebih memahami dirinya melainkan Kristen.

“Suara hatinya berkata dia tidak patut mengakhiri hubungan yang terbina sejak tiga tahun itu hanya kerana satu kecurangan yang dilakukan Kristen,” kata satu sumber.

Hubungan Pattinson dan Stewart berantakan apabila gadis itu bersikap curang dengan mempunyai hubungan dengan Rupert Sanders.

Terbaru, pasangan bintang filem Twilight itu dikatakan sudah berbaik semula dan kembali tinggal bersama.

 

Sumber : Mstar

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site