Isteri pertama redha bermadu dengan Ustazah Sharifah Khasif – Terbakor

 

Isteri pertama redha bermadu dengan Ustazah Sharifah Khasif 

 

Perkahwinan Ustazah Sharifah Khasif sedikit sebanyak mengundang kontroversi apabila dikatakan diadakan secara sembunyi dan bergelar isteri kedua. Meskipun tuan punya badan telah menjelaskan yang perkahwinan ini tidak melukakan hati sesiapa namun media turut bertindak menemui isteri pertama Datuk Seri Mohammad Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof. Lalu, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof memberikan kenyatannya.

 

 Perkahwinan Ustazah Sharifah Khasif

Isteri pertama redha bermadu dengan Ustazah Sharifah Khasif - Terbakor

Madu Ustazah Sharifah Khasif

JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya.

Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.

Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.

Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.

 

Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.

Page 1 of 2 | Next page