Isteri pertama redha bermadu dengan Ustazah Sharifah Khasif – Terbakor

 

Isteri pertama redha bermadu dengan Ustazah Sharifah Khasif 

 

Perkahwinan Ustazah Sharifah Khasif sedikit sebanyak mengundang kontroversi apabila dikatakan diadakan secara sembunyi dan bergelar isteri kedua. Meskipun tuan punya badan telah menjelaskan yang perkahwinan ini tidak melukakan hati sesiapa namun media turut bertindak menemui isteri pertama Datuk Seri Mohammad Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof. Lalu, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof memberikan kenyatannya.

 

 Perkahwinan Ustazah Sharifah Khasif

Isteri pertama redha bermadu dengan Ustazah Sharifah Khasif - Terbakor

Madu Ustazah Sharifah Khasif

JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya.

Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.

Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.

Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.

 

Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.

Isi kandungan e-mel daripada Zakiah:

“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.

“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.

“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.

“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.

 

Sumber : Jomberita

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. nana says:

    mane bukti gambar g jepun tu?

  2. zei says:

    Tahniah , Datin Seri..Sejuta dallam satu.Moga Aalah kurniakan rahmat dan keberkatan..

  3. Ena says:

    Payung Emas menanti mu Datin Sri Shahrul Zakiah. Congratulation di atas keredhaan mu.
    Jodoh…Pertemuan…Ajal…& Maut hny Allah swt yg menentukan sgl nya… Suami adl bukan hak mutlak kpd isteri.. Mungkin apa yg berlaku ada hikmah di sebalik kejadian….

    • mana ada payung emas…tidak terdapat dalam mana2 hadis

    • Ena, ada kawan saya minta izin untuk berkahwin dan berbagai2 janji yang dinyatakan oleh si suami termasuklah bahwa belau akan menerima payung emas tetapi satu persoalan yang tidak boleh dijawap oleh sisuami iala :ADA TAK PAJAK GADAI DI SANA NANTI KERANA ISTERI TERSEBUT BERKATA DIA NAK GADAIKAN PAYUNG EMAS ITU. KALAU ADA DIA RELAKAN SI SUAMI KAHWIN LAGI" Maka sisuami kebingongan lalu mencari cara lain untuk memohon izin utk berkahwin dan akhir sekali sisuami itu berkahwin juga tetapi di negara jiran (Thailand) secara diam2. Kalau sumua wanita macam Datin Seri Shahrul ni kan senang>>>>>

  4. Sharifah Aminah says:

    Org perempuan jgn emosi, setiap perkara yang berlaku itu adalah dengan izin allah. Perkahwinan kedua, ketiga dan keempat tidak akan terjadi jika tidak dgn izinnya. Hak allah adalah mutlak. Ada rahmat disebaliknya hanya allah yang lebih mengetahui., redha pada allah itu lebih penting.

  5. fazura says:

    alhamdulillah.. saya ucapkan kepada Datin Sri Shahrul Zakiah di atas keredhaaanmu…pastinya ada hikmah disebalik apa yang berlaku…. hanya allah yang tahu…

  6. kartina mohammed says:

    Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Sharifah Khasif.

  7. niza says:

    hanya tuhan yang tahu hati seorang perempuan…..

  8. Tumpang gembira says:

    Namakan sy satu Dato' di Malaysia nie yang hanya 1 bini..90% are having at least 2 wife at one time. So, apa nak hairannya…

  9. ida says:

    media yg selalu porak perandakan keadaan…… org elok kata xelok… siapa yg wat fitnah…. tanggung le sendiri… buat family yg diperkatakan… moga sentiasa dlm rahmat dan keberkatan Allah selalu hendaknya………

  10. Yatie says:

    selamat pengantin baru n tahniah… alhamdulillah isteri pertama terima qada n qadar… bole tahan jgk utazah ni nya bj kawen ..ikut bdn jgk la eh ustazah… :)

  11. Yatie Yebb says:

    tahniah & selamat pengantin baru, alhamdulillah isteri pertama redha terima qada & qadar yg dh ditentukan.. bole tahan jgk baju yg ustazah pki ni…. ermmm

  12. salbiah ibrahim says:

    Mudah2an apa yg tersurat biarlah yg tersirat juga…jangan hendaknya terjadi seperti zahara agus dalam cerita P.Ramlee sudahlah…yang baik tetap kita sokong…jika benar begitu kita doakan agar isteri pertamanya diberi kekuatan dan iman yg teguh dalam menempuh hidup bermadu…SELAMAT PENGANTIN BARU buat Sharifah khasif dan suami..

  13. Umairra says:

    Saya rasa amat hairan..hairan dengan persepsi orang. Bagi saya sekiranya seseorang itu hendak menjadi isteri pertama..kedua..ketiga atau keempat sekalipun itu adalah hak mereka. Kenapa harus kita membebankan fikiran kita dengan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kita sehingga sanggup mengejar isteri pertama untuk mendapatkan penjelasan. Apa hak mereka untuk mendapatkan penjelasan? Kehidupan Datuk, Datin dan Sharifah adalah kehidupan mereka..apa2 pun semuanya sudah selamat. Jadi usahlah digembar-gemburkan perkara yang sudah jelas tiada masalahnya. Selamat pengantin baru buat Sharifah dan suami dan bagi Datin..Alhamdulillah Datuk dikurniakan seorang isteri seperti Datin yang amat menyayangi Datuk.

  14. puteri qaseh says:

    alhamdulillah syukur atas keikhlasan datin menerima khasif sebagai adik..sebagai perempuan saya merasa bangga dgn datin yg sanggup berkongsi kebahagian bersama2..tiada wanita tidak merasa perit menerima hakikat kasih d bahagi tp bila kita terfikir segalanya hanya pinjaman dr Allah mgkin kita akan redha sedikit demi sedikit..tp yg peliknya ramai yg nk jd batu api sedangkan bkn mereka merasa setuasi tersebut…apa2 pun datin saya bangga dgn datin dan doa saya agar datin sekeluarga mendapat rahmat Allah dunia akhirat,,apa yg datin alami ini akan saya jd panduan d masa akan dtg

  15. anggun says:

    Assalamualaikum. Alhamdulillah sesungguhnya ini semua adalah satu perjuangan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sekiranya ianya baik untuk kita Allah perkenankan doa kita & sekiranya ia mendatangkan masalah pada kita Allah pasti menjauhkannya. Hidup ini satu cabaran seperti hidup bermadu berkongsi kasih susah senang dulu bersama kini ditempuh dengan pelbagai ujian. Bersangka baik kerana hak suami itu pastinya ingin ditunaikan semampunya cuba berlaku adil walau bagaimanapun janjinya syurga buat isteri tersayang kerana pengorbanan itu tiada ternilai kerana disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada dibelakangnya seorang wanita & di sebalik kejatuhan lelaki itu juga dibelakangnya ada seorang wanita. Semoga menjadi suami yang soleh & isteri-isteri yg solehah. Zuriat yg menyambungkan umat Rasulullah, perlindungan wanita yg ramai memerlukan suami yg baik lagi bertanggungjawab untuk Allah. Bukan mudah menempuh semua ini tapi berlandaskan keimanan, muhasabah diri & berlumba2 membuat kebaikan walaupun pepatah melayu mengatakan buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali namun hanya Allah yg tahu hati kita & amalan kita. Hanya doa kita harapkan ini adalah satu persembahan untuk Allah yg kita lakukan moga mendapat RahmatNya. amin.

  16. air batu says:

    dasar laki miang nak berbini lebih drpd satu….pantang ada duit sikit mula la merenyam…haktuihhhh

  17. haliza says:

    fulamak! tgl la baju kawin ustazah….

  18. Diba says:

    Alhamdulillah…Payung emas telah tersedia untuk datin di sana nanti…

  19. Zai Ashquqis says:

    masyaallah alhamdulillah..betapa mulianya hati DATIN SRI..semoga ALLAH memberikan ganjaran yg terbaik bt beliau didunia dn akhirat..aminnn..

  20. puzy says:

    MasyaAllah too..but its take our heart pumping rapidly but unbelievable,,,ustazah accepted to be a second ,,,instead and hopefully can be avoidale since beginning after knowing the man have a wife,,can she???just think what i;m tring to understand about their marriage,,,the man still man…

  21. Iman Hana says:

    kalangan wartawan la nanti yg bnyk nak kena menjawab kat akhirat sbb byk buat fitnah.. bertaubatlah wahai wartawan yg selalu buat fitnah.. kerja, kerja la juga.. tapi syariat kena la jaga..

  22. fazilah says:

    thniah buat keluarga dato dn datin..ape2 pun dato kena la berlaku adil ngn 2 org istri.. jgn lebihkn salah satu.. Allah murka.. smoga mjadi kluarga bhgia hingga ke akhir hayat..

  23. nobody says:

    ustazah ke ni??? bukan main ketat baju.. aduhai.. manusia akhir zaman

  24. murni says:

    alhamdulillah…payung emas bukan hanya pada datin tapi juga pada adik khasif dengan syarat keduanya redha dan pasrah. insyaallah..itu kelebihan bekalan semasa menunggu di padang Mahsyar nanti yang tak semua wanita miliki peluang ini. Pada yang menghina, sedarlah diri..menghina poligami sama seperti kamu menghina nabi Muhammad saw..
    ini adalah salah satu cara mencari redha Allah di samping syurga perjanjiannya..
    moga Allah merahmati ketiga-tiganya..insyaallah Aminn…

  25. muzbunny says:

    nape yang ko meroyan tu air batu..bersangka baik kan dpt pahala..dier da slamat pong jd isteri org dan syaitan da byk yg menangis sbb si Khasif tu kawen..xder can nak ajak wat dosa..

  26. Hebat…
    My recent post Berzikir Semasa Bekerja

  27. muneera says:

    alhmdulillah..sy puji sifat istri prtmanya..
    tp nk komen keluar topik sikt..biasanya baju2 kawen org awam yg sdrhana..susah la nk demand2 sgt..sbb nk bajet,kenalah sewa yg ada pd mak andam je..tu yg fesyen pngntin agk melampau2 seksi kdg zmn skrg ni..
    ni dh nama ustajah,duit pn byk..kwen ngn dato tu..xkan xleh design baju pengantin yg lbh proper dan smpurna menurut syariat..hairan plk sy..
    jgn lah jadikan diri kita hmba kpd dunia.tp cuba buat dunia dibwh telunjuk kita..
    jgn lah jadikan diri sbg hmba fesyen,tp jadikanlah fesyen tu sesuai dgn syariatNya..

  28. baby manja says:

    ok ja pun….biasalah MEDIA yang suka tambah-tambah cerita ,

  29. sabirin zayadi says:

    ketinggalan zaman saya ni! rupa dia dah kahwin!/?

  30. roh says:

    LAKI TU JAHAT..PADAN LAH NGAN USTAZAH TU..SIAN ISTERI DITINDASNYA

  31. perempuan solehah says:

    Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat. <—— kenapa tidak doakan agar perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat ?? hehe biasalah perempuan dalam tawa ada tangisnya…

  32. LYZA says:

    NAK BUAT MACAM MANA DAH JODOH TAHNIAH USTAZAH MASUK KEALAM ISTERI KEDUA BIASA LA BERBAGAI2 TOHMAHAN REDHA JE YE…….<3

  33. kamilah says:

    tahniah pada kedua2 wanita ini,,sanggup berkongsi kasih..moga dirahmati Allah

  34. mrozi says:

    Kebahagian dunia hanya 1/100 dari akhirat. Semoga Allah swt memberikan kebaikan dan rahmat kepada Datin sekeluarga besar dunia dan akhirat.

  35. raja balgisulaiman says:

    selamat pengantin baru,payung emas utk datin?..boleh sesiapa yg ariff bagitau ayat berapa n surah ke barapa dlm al quran yg mengatakan Payung Emas menanti d akhirat utk isteri pertama? tq.

  36. Tun says:

    Alhamdulillah akhirnya dapat Keris Bersempuh Emas…..

  37. Abbas Salimi says:

    Tahniah diucapkan kpd Datin Seri Syarifah Khasif di atas perkahwinan tersebut. Biarpun banyak persoalan yg ditimbulkan oleh pelbagai pihak & sikit sebanyak boleh mencetuskan perkara2 yg kurang disenangi oleh pihak yg berkaitan, tapi bila ikatan perkahwinan itu telah cukup syarat sptmana yg kehendaki dlm syariat Islam, tiada apa yg perlu diperbesar-besarkan. Semua pihak perlu membuka minda & berfikir secara positif. Semoga mereka berbahagia untuk selama-lamanya, insya-Allah.

  38. mama noo says:

    hanya allah yg tau ape yg tersurat dan tersirat di hati mereka

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site