Suami curang merangkak 1000 meter mohon maaf pada isteri – Terbakor

 

Suami curang merangkak 1000 meter mohon maaf pada isteri 

 

Seorang lelaki di China telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan oleh kerana rasa bersalah setelah berlaku curang kepada isterinya. Lelaki ini telah beristeri namun berlaku curang dengan mempunyai perempuan simpanan. Untuk meminta maaf kepada isterinya, dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian. 

Lelaki merangkak 1000 meter mohon maaf kepada isteri

Suami curang merangkak 1000 meter mohon maaf pada isteri - Terbakor

 Suami curang merangkak 1000 meter mohon maaf pada isteri - Terbakor

Suami curang merangkak 1000 meter mohon maaf pada isteri - Terbakor

Suami curang merangkak 1000 meter

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China.

Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.

Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya.

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya.

Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square.

Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

 

Sumber : 2dayblogger.com

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site