Pengantin lelaki maut ditetak 8 lelaki dihadapan isteri – Terbakor

 

Pengantin lelaki maut ditetak 8 lelaki dihadapan isteri 

 

Kurang empat jam selepas sepasang pengantin baru merayakan majlis perkahwinan mereka bersama keluarga dan teman, pengantin lelaki itu maut akibat ditetak oleh lapan lelaki di hadapan isterinya sendiri. Kejadian berlaku sejurus selepas mereka pulang dari sebuah kelab malam.

 

Pengantin lelaki maut ditetak

 Pengantin lelaki maut ditetak 8 lelaki dihadapan isteri - Terbakor

Pengantin lelaki ditetak dihadapan isteri

JOHOR BAHRU: Kurang empat jam pasangan suami isteri menganjurkan majlis makan malam perkahwinan bersama keluarga dan rakan, pengantin lelaki maut ditetak kira-kira lapan lelaki bersenjata parang ketika keluar dari sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini, pagi semalam.

Malah, janda segera itu terkejut apabila suaminya ditetak bertubi-tubi di depan mata hingga cedera parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Allan Tee Kok Weng, 36, yang juga pemilik kedai alat ganti kereta dan isterinya, Shiu Ting, 30-an dalam perjalanan pulang sebelum diserang lapan lelaki.

Terdahulu pada jam 8 malam kelmarin, pasangan itu menghadiri majlis makan malam perkahwinan mereka di Taman Daya di sini, bersama keluarga dan rakan.

Mereka kemudian membuat keputusan keluar bersama kira-kira 10 rakan termasuk pekerja Allan dan keluarga ke sebuah kelab malam di Taman Mount Austin sebelum meninggalkan kelab itu pada kira-kira jam 2 pagi.

 

Sumber : Harian Metro

Page 1 of 2 | Next page