Penduduk resah penggambaran iklan air misteri – Terbakor

Penduduk resah penggambaran iklan air misteri
Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan untuk sebuah penggambaran iklan air mendakwa terganggu dengan kerja kerja produksi itu. Mereka mengatakan penggambaran iklan air itu berunsur politik dan menyesakkan kawasan. Seorang penduduk memberitahu mereka yang terlibat dibayar RM 50 untuk mengangkat tong air dan menjerit.
Penggambaran iklan air misteri di Petaling Jaya

Penggambaran iklan air ganggu penduduk Petaling Jaya
Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.
Mereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.
“Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.
“Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.
“Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air,” kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.
Paramananthan juga mendakwa, tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.
Page 1 of 3 | Next page