Anne Ngasri akui putus cinta dengan Aliff Aziz, enggan dedah punca – Terbakor

Anne Ngasri akui putus cinta dengan Aliff Aziz, enggan dedah punca 

 

Pelakon Anne Ngasri mengakui kepada media dirinya sudah tiada hubungan cinta dengan penyanyi Aliff Aziz dari Singapura. Namun, beliau tidak mahu mendedahkan punca berakhirnya hubungan mereka serta menyifatkan ianya terlalu peribadi. Katanya lagi, keputusan itu dibuat bukan kerana desakan keluarga ataupun kenyataan kakaknya, Darling kepada media beberapa hari lalu.

 

Anne Ngasri dan Aliff Aziz

Anne Ngasri akui putus cinta dengan Aliff Aziz, enggan dedah punca - Terbakor

Anne Ngasri dan Aliff Aziz putus cinta

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2012: “Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami,” jawab ringkas Anne Ngasri.

Dramatis itu dihubungi portal Murai untuk bertanyakan ulasan mengenai hubungannya bersama penyanyi dari Singapura Aliff Aiziz yang kini telah pun menjadi bekas kekasihnya.

Anne yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

“Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja,” jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi.

Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.

 

Sumber : Murai.com.my

 

Loading...

Leave a Reply