Pekerja asing dari Asia Selatan ke Dubai perlu ada ijazah – Terbakor

 

Pekerja asing dari Asia Selatan ke Dubai perlu ada ijazah

 

Pekerja asing dari Asia Selatan yang mahu mendapatkan visa ke Dubai kini perlu mempunyai ijazah. Langkah itu dilakukan bagi menyekat kemasukan pekerja asing yang terlalu banyak ke Dubai. Juruelektrik, jurugegas paip, tukang batu, petani, pemandu, tukang jahit dan pencuci dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Filipina kini diharamkan daripada mendapatkan visa pelancong.

p/s : Malaysia patut buat macam ni rasanya. Tengok la kat KL tu..rasa macam kita pulak yang warga asing ==”

 

Pekerja asing ke Dubai perlu ada ijazah

Pekerja asing dari Asia Selatan ke Dubai perlu ada ijazah - Terbakor

Syarat pekerja asing di Dubai

DUBAI: Pelancong dari negara Asia Selatan yang mengeksport pekerjanya ke negara Emiriyah Arab Bersatu itu, perlu mempunyai ijazah universiti untuk mendapatkan visa. Ia adalah langkah negara kaya itu dalam menghalang kebanjiran pendatang tanpa izin, lapor akhbar tempatan, semalam.

Juruelektrik, jurugegas paip, tukang batu, petani, pemandu, tukang jahit dan pencuci dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Filipina kini diharamkan daripada mendapatkan visa pelancong, lapor akhbar Gulf News yang memetik kata-kata pegawai kanan imigresen. 

Langkah itu mewajibkan ijazah universiti sebagai prasyarat untuk mendapatkan visa, kata pegawai itu. 

“Jabatan Residensi Persekutuan membuat keputusan mengetatkan syarat untuk pelancong, lawatan dan visa persidangan untuk menghalang kebanjiran pekerja kolar biru dari negara yang mengeksport buruh,” katanya.

Katanya, cara ini akan dapat mengurangkan risiko individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah terancang atau pemerdagangan orang daripada masuk ke negara ini.

Visa pelancong biasanya diuruskan melalui hotel, syarikat penerbangan atau ejen pelancongan. – AFP

 

Sumber : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site