Brad Pitt ucap tahniah kepada Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan – Terbakor

 

Brad Pitt ucap tahniah kepada Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan 

 

Berita mengenai perkahwinan dua bintang terkenal Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan telah mendapat liputan luas media antarabangsa. Aktor Hollywood turut tidak ketingggalan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Perkahwinan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan bakal berlangsung pada 16 Oktober 2012 depan.

 

Saif Ali Khan

Brad Pitt ucap tahniah kepada Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan - Terbakor

Perkahwinan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan

BERITA mengenai perkahwinan Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor semenangnya mendapat perhatian seluruh dunia lebih-lebih lagi apabila aktor Hollywood Brad Pitt turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Menurut laporan One India, kekasih Angelina Jolie itu mengakui dia begitu gembira apabila mendapat tahu mengenai perkahwinan pasangan itu yang bakal berlangsung pada 16 Oktober depan dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya gembira mereka akhirnya akan melangsungkan sebuah perkahwinan. Semoga hidup mereka bahagia selamanya,” kata Brad.

Dalam pada itu ketika diminta memberi pendapatnya mengenai hubungan Saif dan kareena, Brad berkata, setiap pasangan mempunyai keunikan yang tersendiri dan pengalaman yang dilalui tidak akan sama dengan pasangan-pasangan lain.

Hubungan cinta selama lima tahun itu membuatkan perkahwinan Saif dan Kareena sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak.

Malah Kareena juga pernah berkata mahu menukar namanya kepada Kareena Kapoor Khan selepas berkahwin nanti.

 

Sumber : Mstar

 

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site