Shila Amzah terima wang dana lebih RM 1 juta – Terbakor

 Shila Amzah terima wang dana lebih RM 1 juta

 

Selaku juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di China kelmarin, Shila Amzah bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara, malah dia juga mendapat dana berjumlah lebih RM 1 juta. Dana RM 1 juta itu merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China.

 

Shila Amzah Asian Wave 2012

 Shila Amzah terima wang dana lebih RM 1 juta - Terbakor

Shila Amzah dapat dana RM 1 juta

 

SHANGHAI, 21 SEPTEMBER 2012: Selain mengharumkan nama negara, juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, turut membawa pulang dana bernilai lebih RM1 Juta.

Menjelaskan mengenai hadiah berkenaan, Shila yang dihubungi murai.com.my sebentar tadi memberitahu, wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China.

“Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.

“Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.

“Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan.

“Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat,” katanya kepada murai.com.my.

Bakal pulang ke tanah air pada 26 September ini, Shila tidak menyangka peminatnya di China amat menghargai dirinya walaupun baru pertama kali mengenalinya.

“Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan.

Page 1 of 2 | Next page