Gadis mengaku berzina mahu dihukum sebat – Terbakor

 

Gadis mengaku berzina mahu dihukum sebat 

 

Mahkamah di Maldives telah menjatuhkan hukuman sebat di hadapan orang awam terhadap seorang gadis 16 tahun setelah dia mengaku berzina. Mengikut undang undang di Maldives kesalahan berzina akan dikenakan hukuman 30 sebatan. Bagaimanapun, pasangan zina gadis itu dihukum penjara 10 tahun.

 

Gadis mengaku berzina dihukum sebat

Gadis mengaku berzina mahu dihukum sebat - Terbakor

Gadis mahu dihukum sebat kerana berzina

Mahkamah Maldives memberikan hukuman rotan di depan orang awam terhadap seorang gadis berusia 16 tahun yang mengaku melakukan hubungan seks sebelum nikah. Hukuman ini dijatuhkan setelah keluarga gadis yang tidak disebutkan namanya tersebut melaporkan ke mahkamah dan si gadis itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kekasihnya, lelaki berusia 29 tahun. Hukum syariat Islam di Maldives melarang gadis berusia 13 hingga 18 tahun untuk melakukan hubungan seks tanpa nikah. Menurut undang-undang di Maldives, seseorang yang melakukan penzinaan dihukum dengan 30 kali sebatan. Namun, meskipun si gadis menerima hukuman sebat, manakala lelaki itu pula dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. Seorang pegawai mahkamah menyatakan gadis tersebut boleh menolak hukuman rotan dan untuk Sebaliknya, ia akan dikenakan penjara selama 8 bulan. Namun, pada usia 18 tahun, ia tetap akan dikenakan hukuman rotan. “Dalam banyak kes, tertuduh memilih untuk menerima hukuman sebat sebagai sebahagian dari penebusan dosa,” kata pegawai yang enggan disebutkan namanya. Di Maldives, hukuman sebat yang biasanya dilaksanakan dengan menggunakan tongkat, dilakukan atas arahan ketua kampung yang juga bertindak sebagai hakim tempatan.

 

Page 1 of 2 | Next page