Azwan Ali akui pernah terasa hati dan baran dengan sikap Dato’ Fazley – Terbakor
Azwan Ali akui pernah terasa hati dan baran dengan sikap Dato’ Fazley
Pengacara dan produser kontroversi, Azwan Ali mengakui pernah berkecil hati dan baran dengan sikap rakan pesertanya dalam Masterchef Celebrity yang merupakan juara pertandingan itu, Dato’ Fazley. Namun, Azwan Ali tidak mahu mendedahkan punca dia merasakan begitu. Bagaimanapun, katanya hubungannya dengan Dato Fazley semakin baik dan Dato’ Fazley sendiri telah meminta maaf dan merendah diri terhadapnya.
Azwan Ali vs Dato Fazley

Azwan Ali baran dengan Dato Fazley Matserchef Celebrity
KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Produser dan pengacara, Azwan Ali akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap penyanyi dan tukang masak, Dato’ Fazley Yaacob ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.
Namun, Azwan Ali memberitahu dia tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut, memandangkan Juara Masterchef Selebriti Malaysia itu sendiri sudah mengakui kesalahannya secara peribadi kepadanya.
“Terus-terang memang saya pernah mengamuk dan agak baran dengan Dato’ Fazley kerana sikapnya yang telah melukakan hati saya ketika kami sama-sama dalam program masakan itu.
“Namun begitu, biarlah saya menyimpan sahaja punca yang menyebabkan saya menjadi terlalu marah dengan sikapnya itu kerana saya sendiri tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Lagipun, Fazley sendiri sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf secara peribadi kepada saya,” katanya kepada murai.com.my
Menurut Azwan lagi, kini hubungannya bersama Dato’ Fazley semakin baik dan dia sendiri kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah rendah serta menghormati dirinya.
“Rasa baran saya ini lama-lama terubat selepas melihat sikap dia (Fazley) yang bersungguh-sungguh untuk berbaik dnegan saya dan cuba menghormati saya sehingga tahap yang tertinggi.
“Itulah kelebihan Fazley berbanding artis-artis lain terutama artis yang pernah memounyai isu pergaduhan dengan saya.
“Kalau artis lain pasti tidak sepertinya, malah masih mahu menang serta bertengkar dnegan saya. Bagi saya sifat Fazley ini harus dicontohi oleh ramai artis di Malaysia,” luah Azwan di majlis rumah terbukanya, malam semalam.
Page 1 of 2 | Next page