Oscar, kucing yang gemar mencuri seluar dalam wanita dicekup – Terbakor

Oscar, kucing yang gemar mencuri seluar dalam wanita dicekup
Sepasang suami isteri menghubungi polis apabila mendapati kucing peliharaan mereka, Oscar mencuri banyak seluar dalam wanita yang dijemur jiran mereka untuk dijadikan alas tidurnya. Mereka terkejut apabila menemui 70 helai seluar dalam pelbagai saiz serta stokin dan sarung tangan kebun yang dilaporkan hilang oleh jiran jiran mereka sebelum ini.
Kucing curi seluar dalam wanita ditangkap

Oscar, kucing si pecuri seluar dalam
SOUTHAMPTON – Sepasang suami isteri di England, Peter dan Birgitt Weismantel menghubungi polis selepas mendapati kucing mereka, Oscar sebagai punca banyak seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah jiran hilang selama ini.
Pemilik mamalia berusia 12 tahun itu berkata, mereka terkejut menemui sejumlah 70 helai seluar dalam pelbagai saiz selain stoking dan sarung tangan kebun di rumah pasangan tersebut yang dilapor hilang oleh jiran-jiran beberapa minggu lalu.
“Ia mungkin teruja melihat kain fabrik itu dan kemudian dijadikan pula sebagai alas tempat tidurnya,”kata Peter, 72, yang memelihara kucing jinak tersebut selepas dijual menerusi satu lelongan amal haiwan pada Krismas tahun lepas. – Agensi
Sumber : Kosmo
Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini 
Page 1 of 2 | Next page
