
Isteri kedua ditinju suami, dibelasah madu
Wita Baharom, 42 trauma apabila dia ditinju suami dan dibelasah madunya kerana dia meminta wang untuk membeli susu anak. Dia bertemu suaminya untuk meminta nafkah kerana bayinya yang berusia 15 bulan sudah seminggu kelaparan susu. Tindakannya itu mengundang rasa marah isteri pertama suaminya lalu dia dipukul, ditumbuk dan diterajang.
Wanita dibelasah suami dan madu

Wanita minta nafkah dibelasah suami dan madu
KANGAR: “Salahkah tindakan saya jika bertemu suami kerana mahu meminta wang bagi membeli susu untuk anak lelaki berusia 15 bulan yang sudah seminggu kelaparan susu, tetapi dipukul dengan penyapu selain turut ditumbuk dan diterajang.”
Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka.
Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya.
Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur.
Menurutnya, dia datang ke rumah suami dan madunya bagi membincangkan isu nafkah sebelum diserang isteri pertama suspek yang juga madunya yang ketika itu berada di situ.
Sumber : Harian Metro




