Gambar gadis kilang campak bayi baru lahir dari tingkat 3 – Terbakor

Gambar gadis kilang campak bayi baru lahir dari tingkat 3
Seorang gadis berusia 21 tahun, yang sanggup mencampak bayinya yang baru dilahirkan dari tingkat 3 flat yang didiaminya direman bagi membantu siasatan. Mangsa yang baru dilahirkan dipercayai dicampak hidup hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari. Suspek melahirkan bayi terbabit seorang diri ketika keluarganya tiada di rumah.
Gadis campak bayi dari tingkat3

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat 3 Desa Mentari
PETALING JAYA – Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungiKosmo!.
Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Page 1 of 2 | Next page