Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang – Terbakor

 

Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang 

 

Perkahwinan sepatutnya membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada pihak pengantin dan keluarganya. Tapi apa akan jadi bila ada sesetengah pihak bakal pengantin dan keluarganya terlalu mengikut adat dan mementingkan kata kata orang lain sehingga sanggup berhutang untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang gah? Di mana ketenangan dan kebahagiaan itu? Isu hantaran ni dah banyak diperkatakan.

 

Kami sendiri akui ramai lagi orang orang Melayu kini yang terpengaruh dengan adat Hindu. Menepung tawar dan sebagainya. Sedangkan dalam Islam perkahwinan itu sangat mudah dan barakah. Perkahwinan sebenarnya mengurangkan beban, bukan menambahkan masalah.

 

p/s : Tak faham kenapa orang Melayu selalu bangga dengan majlis kahwin besar besar. Bila dipuji, kembang kempis hidung. Dan tak paham juga kenapa mak cik mak cik selalu tanya, “Eh, hantaran kahwin anak kau berapa? Orang atas tu, RM 10,000 tau!”

 

 Nilai hantaran kahwin 2012

 Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang - Terbakor

Orang Melayu berhutang kerana perkahwinan

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu.

Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.

“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.

“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.

“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.

“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.”

Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.

Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.

Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.

“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Page 1 of 3 | Next page