Bayi perempuan mati dicampak dari Pangsapuri Desa Mentari, PJ – Terbakor

 

Bayi perempuan mati dicampak dari Pangsapuri Desa Mentari, PJ 

 

Mayat bayi perempuan ditemui dengan kesan kecederaan parah di kepala di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya dipercayai dicampak dari tempat tinggi. Bayi baru lahir itu ditemui oleh seorang penduduk kira kira jam 11 pagi. Dia menjumpai bayi itu dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak.

 

 Bayi dicampak dari tempat tinggi

Bayi perempuan mati dicampak dari Pangsapuri Desa Mentari, PJ - Terbakor

Bayi maut dicampak dari tempat tinggi

PETALING JAYA – Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

“Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak,” katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu. – BERNAMA

 

Sumber : Kosmo

Loading...

Leave a Reply