Gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton tersebar – Terbakor

 

Gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton tersebar 

 

Putera William, pewaris kedua takhta diraja Britain berang setelah sebuah majalah Perancis menyiarkan gambar separuh bogel isterinya, Kate Middleton. Kate Middleton yang digelar Duchess of Cambridge telah berbincang dengan suaminya dan peguam untuk mengambil tindakan ke atas  majalah Closer versi Perancis itu.

 

Kate Middleton

Gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton tersebar - Terbakor

Kate Middleton berang isu gambar separuh bogel

LONDON – Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya Kate Middleton berang semalam selepas sebuah majalah Perancis menyiarkan gambar separuh bogel wanita berkenaan.

Perbuatan tersebut membangkitkan kembali insiden gangguan yang dilakukan oleh pihak media terhadap ibu William, mendiang Puteri Diana.

Middleton memakai gelaran Duchess of Cambridge selepas berkahwin dengan William.

Beberapa pegawai Istana St James di sini berkata, pasangan diraja berkenaan yang kini berada di Malaysia sedang berunding dengan beberapa peguam berhubung tindakan majalah Closer versi Perancis itu.

Mereka menyifatkan perbuatan majalah itu sebagai pencerobohan privasi yang melampau.

Gambar eksklusif itu menunjukkan Catherine, 30, memakai seluar dalam manakala William menyapu krim matahari pada belakang badannya ketika isterinya sedang berbaring.

“Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi,” kata kenyataan Istana St James.

“Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup,” tambah kenyataan tersebut.

Foto separuh bogel Middleton itu yang dirakamkan dari jauh disiarkan oleh majalah berkenaan semalam.

Penerbitan tersebut mendakwa gambar itu dirakamkan di atas sebuah rumah rehat di selatan Perancis semasa Middleton dan William bercuti pada bulan ini.

Penyiaran gambar kontroversi itu merupakan cabaran getir pertama yang dicetuskan oleh media cetak terhadap pasangan diraja itu selepas Diana mati dalam satu kemalangan kereta di Paris ketika beliau dikejar beberapa paparazi.

Gambar itu disiarkan selepas portal hiburan dan akhbar The Sun di Britain menyiarkan gambar bogel adik William, Putera Harry baru-baru ini.

Harry berbogel dengan seorang wanita semasa mereka berada di dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Sementara itu, William semalam mengaku bahawa beliau bukan peminat durian selepas merasa raja buah itu semasa lawatan beliau ke Malaysia.

Page 1 of 2 | Next page