Adda Butterfly trauma setelah bercerai selepas 17 hari berkahwin – Terbakor

 

Adda Butterfly trauma setelah bercerai selepas 17 hari berkahwin

 

Vokalis Butterfly, Nur Syuhadah Baharuddin atau lebih popular dengan panggilan Adda berkata dirinya trauma dan sukar untuk mempercayai lelaki selepas perkahwinanya musnah setelah 17 hari berkahwin. Dia kini bertekad mahu meneruskan kehidupan dan tidak mahu terlalu memikirkan perkara lalu.

 

Adda Butterfly

Adda Butterfly trauma setelah bercerai selepas 17 hari berkahwin - Terbakor

Adda Butterfly sukar percaya lelaki selepas bercerai

TEMPOH perkahwinan yang sekadar bertahan selama 17 hari pastinya memberikan pengalaman yang cukup pahit buat vokalis Butterfly, Nur Syuhadah Baharuddin atau lebih popular dengan panggilan Adda.

Menganggap semua yang berlaku sebagai pengajaran untuk menempuhi kehidupan yang mendatang, Adda bertekad untuk tidak terlalu memikirkan lagi peristiwa lampau. Dia kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Ketika ditemui sewaktu sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, adik gitaris kumpulan Kristal, Rodi ini mahu memberi fokus kepada bidang yang diceburi sekarang iaitu sebagai penyanyi dan pelakon.

Bakal tampil menerusi filem sulung berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau pada 27 September ini, Adda menyatakan dia belum terfikir untuk mencari pengganti kerana selesa dengan keadaan sekarang.

Kosmo!: Bagaimana kehidupan Adda selepas kontroversi dahulu?

ADDA: Saya menganggap biar sehebat mana pun dugaan yang pernah melanda diri saya, tetapi kehidupan mesti diteruskan dan kalau boleh saya tidak mahu mengenang lagi segala kejadian yang berlaku.

Adakah anda sudah bersedia untuk mencari pengganti?

Buat masa ini saya belum bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga. Saya akui agak trauma dan susah untuk mempercayai lelaki sekarang setelah apa yang berlaku terhadap diri saya.

Mengenai status saya pula, sehingga kini saya masih lagi solo dan tidak mempunyai teman istimewa. Saya akui memang ada rapat dengan beberapa lelaki, tetapi hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan.

Jadi, sekarang anda sudah serik untuk berkahwin?

Saya bukanlah serik berkahwin lagi, cuma buat masa sekarang tidak terlintas di hati saya untuk mendirikan rumah tangga. Apa pun saya percaya pintu hati saya akan terbuka untuk bergelar isteri, tetapi bukan dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini anda dilihat sudah tampil bertudung sepenuhnya, tetapi kini penampilan anda ternyata sudah berubah?

Memang pada mulanya saya sudah berusaha mengubah penampilan untuk bertudung, namun lama-kelamaan saya rasa masih lagi belum bersedia ke arah itu. Kemudian, saya ambil keputusan tampil dengan imej memakai turban.

Saya membuat tindakan sedemikian kerana ia merupakan imej yang paling sesuai sekarang sebagai seorang vokalis kumpulan Butterfly yang menjurus kepada muzik Pop Rock.

Bagaimana pula dengan perkembangan kumpulan Butterfly sekarang?

Buat masa sekarang Butterfly masih lagi aktif dan sering membuat persembahan. Malah, kami baru sahaja melahirkan sebuah album berjudul Lelaki Pilihan pada Ogos lalu.

Adakah kontroversi yang berlaku telah menjejaskan karier anda sebagai penyanyi dan pelakon?

Saya melihat segala kontroversi yang melanda terutamanya berkaitan cinta dan perkahwinan tidak menjejaskan kerjaya saya sekarang termasuk nama Butterfly. Lagipun saya percaya peminat lebih menilai diri saya berdasarkan kerjaya berbanding perkara peribadi mengenai diri saya.

 

Sumber : Kosm0

 

Loading...

Leave a Reply